Monday, May 23, 2016

Kucing Terselamat Walaupun 11 Hari Terkurung Dalam Sebuah Kereta Tanpa Makanan

MANCHESTER - BRITAIN . Seekor kucing terselamat walaupun terkurung selama 11 hari di dalam sebuah kereta yang di parkir di lapangan terbang di sini.

Pemilik kereta itu terkejut mendapati kucing dinamakan sebagai Willow itu berada di dalam kenderaannya yang di parkir di Terminal 1 tanpa apa-apa makanan atau air.


Polis berkata, kucing itu berada dalam keadaan tidak bermaya sebaik ditemui dan kakitangan lapangan terbang menghantar Willow ke Woodcroft Vets di Cheadle untuk rawatan, lapor Manchester Evening News.


Willow dilaporkan hilang beberapa hari lebih awal oleh pemilik di Chorley selepas dia menyusup masuk ke dalam kereta.

Jurucakap Lapangan Terbang GMP Manchester berkata, kucing itu hanya mengalami dehidrasi.
"Kakitangan berjaya menghubungi pemilik kucing itu melalui tag elektronik yang dipakainya.
"Pemilik sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan kucingnya itu dan bersyukur kucingnya itu berjaya ditemui," ujarnya.
Kucing tersebut menyelinap masuk ke dalam sebuah kereta di Chorley ketika pemilik sedang memindahkan barang.

Kucing itu kini berada dalam keadaan baik.

Kucing Terselamat Walaupun 11 Hari Terkurung Dalam Sebuah Kereta Tanpa Makanan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.