Sunday, May 29, 2016

Kondom Tertinggal Dalam Usus Selepas Melakukan Hubungan Intim, Lihat Apa Yang Jadi Pada Wanita Ini Sangat Mengejutkan

Seorang Wanita mengalami kesakitan yang luar biasa di bahagian perutnya dan setelah melakukan pemeriksaan di hospital mendapati doktor telah menemui sesuatu yang mengejutkan!

Menerusi Daily.Mail wanita yang berusia 26 tahun itu pergi ke hospital kerana mengeluh sakit perut yang sangat luar biasa dan disebabkan itu dia demam serta hilang selera makan.

Hasil dari X-tray mendapati, bahagian usus perutnya membengkak seperti berisi cecair yang hampir meletup. Dek kerana itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan mengejut kerana bimbang wanita itu akan dijangkiti penyakit radang usus.


Para doktor melakukan pembedahan dengan membuang usus yang sudah membengkak itu sebelum pecah.

Hasil mendapati, terdapat kondom yang berada dalam usus wanita itu sekaligus mengejutkan doktor kerana ia pertama kali berlaku.

Menurut doktor, ketika pembedahan dilakukan tanpa disengajakan telah memotong usus dan menemui satu objek yang tidak lengkap dibuat dari getah dan bentuknya seakan kondom.


Mangsa kemudian mengakui sudah menduga kesakitan yang dialami dan setelah beransur pulih, dia itu mengakui tidak sengaja tertelan kondom ketika melakukan hubungan intim bersama suaminya. Tambahnya lagi, kondom tersebut longgar menyebabkan dia tidak sengaja tertelan kondom itu.

Setelah 5 hari tertelan kondom itu, dia mengalami kesakitan biasa di bahagian perut dan selera makannya mulai hilang namun hari demi hari kesakitan itu mulai dirasai semakin teruk!

Menurut doktor yang melakukan pembedahan, kondom tersebut terkoyak dan sebahagian darinya telah masuk ke dalam usus saluran pemakanan manakala selebihnya masuk ke dalam usus hingga menyebabkan usus membengkak.

Beliau sebelum ini pernah merawat pesakit yang mana dalam ususnya mengandungi tali pancing, logam, batu, jarum, serpihan tulang dan lain-lain lagi.

Tambah doktor lagi objek ini boleh berada dalam usus seseorang itu tanpa disedari simpton-simpton kesakitan namun jika terlalu lama boleh mengundang bahaya dan kebiasaanya yang mengalami situasi ini kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Kondom Tertinggal Dalam Usus Selepas Melakukan Hubungan Intim, Lihat Apa Yang Jadi Pada Wanita Ini Sangat Mengejutkan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.