Saturday, May 28, 2016

Kisah Menyentuh Hati! Ramai Yang Menyangka Jadi Seorang Guru Itu Mudah...

Tidak dapat dinafikan, pada pandangan mata umum, ramai yang menyangka tugas memikul tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sesuatu yang mudah. Pergi sekolah, mengajar, bagi kerja sekolah kemudian balik. Tapi tak ramai yang nampak sebenarnya tugas seorang itu lebih daripada itu.


Menerusi laman Facebook Khairuddin Hj Md Isa, beliau memuat naik gambar seorang guru wanita berbangsa India sedang menanda kertas peperiksaan pelajarnya di hospital. Sebak dan terharu kami melihat gambar tersebut. 


Ziarah Ibu Mertua di Hospital Besar Ipoh, disebelah katilnya melihat seorang guru tekun dengan menanda kertas jawapan pelajar. Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok. Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut. Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru.



Jadi jangan memandang rendah pada tugas seorang guru atau tugas sesiapa pun. 

Kisah Menyentuh Hati! Ramai Yang Menyangka Jadi Seorang Guru Itu Mudah... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.