Sunday, May 8, 2016

Kisah Disebalik Kain Rentang Jadi Viral, Ini Luahan Sayu Bakal Pengantin Yang Menyentuh Hati!!!

SAYU... Hasrat sepasang bakal pengantin baru untuk ke jinjang pelamin bersama tidak kesampaian apabila tunang yang dikasihi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum persandingan.

Khairunnisa Illyasha, 23 tahun; terkejut apabila tunangnya Nor Helmee Roslan, 23; dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Singapura.



Difahamkan motosikal yang ditunggang Helmee bertembung dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Seletar (SLE) pada Jumaat lalu.

Menurut akhbar tempatan, Lianhe Wanbao, Helmee tercampak ke atas jalan raya akibat perlanggaran itu manakala tayar belakang motosikal yang ditunggangnya terperosok ke bawah kereta.

Kenyataan SCDF itu lagi, badan Helmee berlumuran darah akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Dia dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Helmee merupakan seorang pemandu bas dengan SBS Transit berpangkalan di Singapura. Adalah menjadi rutin harian Helmee berulang alik antara Johor Bharu dan tempat kerjanya menggunakan motosikal.

Menurut Khairunnisa kepada sebuah portal, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa satu-satu jantung hatinya telah pergi buat selama-lamanya beberapa hari sebelum persandingan mereka.
“Helmee akan selalu mesej saya apabila sampai di tempat kerjanya di Singapura sekitar pukul 4.30 pagi,” jelas Khairunnisa dalam keadaan teresak-esak.

Jenazah Helmee dibawa pulang ke Johor Bharu dan disemadikan pada hari Ahad lepas.

Satu banting diletakkan di hadapan rumah Khairunnisa bertujuan untuk memberitahu kepada 5oo tetamu yang dijemput bahawa perkahwinan tidak dapat dilangsungkan kerana pengantin lelaki telah meninggal dunia.


Tambah portal itu lagi, Khairunnisa tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, dan berhasrat akan mendermakan barang hantaran yang diterima dari pihak Helmee.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 





Kisah Disebalik Kain Rentang Jadi Viral, Ini Luahan Sayu Bakal Pengantin Yang Menyentuh Hati!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.