Wednesday, May 18, 2016

Kisah 3 Beradik Meninggal Di Sekolah Yang Sama Cetus Misteri, Inilah Pendedahan Pakar Forensik Membongkar Segala Persoalan!

Bekerja sebagai doktor forensik bukanlah sesuatu yang mudah malah boleh dianggap mencabar lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan mayat. Sudah pastinya hanya yang bekerja dalam bidang ini sahaja tahu bagaimana perasaannya. Berdepan dengan pelbagai kisah pelik yang kita sendiri tidak dapat menjangkakan.

Seperti yang dikongsikan oleh Doktor ini menerusi laman sosial Facebooknya Abdul Rahman Abdul Kadir menceritakan mengenai kisah kematian 3 orang beradik di sekolah yang sama dalam keadaan misteri. Punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan malahan post mortem sudahpun dibuat namun tiada sebab kematian berjaya dikesan. Sehingga ada mulut yang mendakwa kematian ketiga beradik itu adalah disebabkan JIN!



#‎DARI_BILIK_MAYAT‬: ‪#‎KEMATIAN_AKIBAT_JIN‬

Kisah ini disampaikan oleh sahabat saya seorang bekas doktor forensik ketika kami berjumpa semasa kursus di Ipoh. Saya bertanya beliau apakah kes2 pelik dan ngeri yang beliau pernah terjumpa selama beliau bekerja. Macam2 juga yang beliau ceritakan. Menarik2 belaka.

Namun ada satu kes yang saya kira agak unik dan saya ingin kongsikan pada semua sahabat2. Kes ini diceritakan oleh bekas boss sahabat saya ini kepada beliau. Pakar forensik tersebut telah handle kes ini secara peribadi.

Ia adalah berkenaan satu kes yang mana sepasang suami isteri telah kehilangan 3 orang anak mereka. Anak2 mereka meninggal satu demi satu tanpa sebab yang khusus. Buat post mortem sedetail habis pun tak dijumpai sebarang sebab kematian. Jasad2 mereka tidak ada 'defect' langsung.

Lebih membingungkan, ketiga2 anak ini meninggal dunia di sekolah yang sama dan pada masa yang berlainan. Anak pertama meninggal dunia mengejut di sekolah. POST MORTEM-TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN. Anak kedua juga meninggal dunia beberapa bulan selepas itu di sekolah. POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Ini menyebabkan keluarga ini begitu bersedih dan gusar. Cerita2 jiran dan masyarakat telah tersebar bahawa ada jin/hantu di sekolah berkenaan yang telah meragut nyawa anak2 malang tersebut. Lebih ditambah perisa datangnya 'bomoh' yang mengatakan bahawa keturunan mereka mungkin telah disumpah dek dosa nenek moyang hingga tidak boleh menjejakkan kaki ke tapak sekolah tersebut.

Ibu bapa inipun memindahkan anak ke 3 mereka ke sekolah yang lain kerana terlalu sedih dan terkenang anak2 mereka yang telah meninggal dunia. Namun anak yang ke 3 ini juga telah meninggal dunia. Kebetulan terdapat aktiviti sukan sekolah2 dan anak ke 3 ini telah pergi ke sekolah arwah abang2nya untuk aktiviti/pertandingan. Anak ini meninggal dunia mengejut juga semasa bersukan. POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Dugaan cukup besar untuk ibubapa malang tersebut. Sudahlah kehilangan anak2, ditambah pula kebingungan kerana tidak tahu punca kematian yang khusus. Akhirnya telah dilakukan ujian genetik terhadap mangsa2 ini. Dan didapati mereka mempunyai masalah kecacatan genetik khusus. Ada gene dalam kromosom mereka yang missing. Ini menyebabkan mereka tidak boleh melakukan aktiviti lasak. 

Jika dilakukan, jantung mereka akan secara tiba2 mengalami renjatan dan mangsa meninggal dunia. Apabila disiasat lanjut, memang benar, ketiga2 anak malang tersebut telah melakukan aktiviti sukan seperti PJ, bersukan, bermain dsbgnya ketika meninggal dunia.

Kes ini amat menarik dan saya percaya masih ramai penduduk kawasan tersebut mempercayai bahawa anak2 itu meninggal dunia disebabkan jin. Mereka memang meninggal dunia disebabkan oleh masalah gene bukan jin.

Saya bertanya lanjut kepada sahabat saya ini apakah diagnosis khusus masalah genetik tersebut tetapi sahabat saya tidak ingat kerana kisah ini telah diceritakan kepadanya agak lama. Namun saya fikir dengan cerita yang beliau berikan ini berkemungkinan kes ini adalah Long QT Syndrome atau Brugada Syndrome yang merupakan kecacatan pada laluan elektrik jantung hingga pesakit meninggal dunia mengejut dek renjatan jantung.

Masyarakat kita amat mudah mempercayai kisah2 tahyul, cerita2 seram, mitos, skandal dan menyebarkan berita tidak sahih tanpa siasatan. Apa boleh buat...agamawan kita juga menyalahkan kerajaan dan pemimpin atas bala bencana yang menimpa negara seperti kemalangan kapalterbang dan banjir. Dikatakan seolah2 keberkatan sudah hilang. Bumi, lautan dan langit juga kononnya tidak suka pada kita. Sedangkan ia hanyalah ujiian Allah ke atas orang2 yang beriman.

Kisah 3 Beradik Meninggal Di Sekolah Yang Sama Cetus Misteri, Inilah Pendedahan Pakar Forensik Membongkar Segala Persoalan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.