Tuesday, May 10, 2016

KEJAM! Gambar & Video Anjing Dipukul Teruk Dan Dikelar Dengan Pisau Cetus Kemarahan Ramai

Betapa kejamnya manusia menganiaya binatang. Menjadi viral di laman sosial video memaparkan seekor anjing yang cedera teruk akibat dipukul dan dikelar dengan objek tajam sekaligus mencetuskan kemarahan ramai.

Anjing diberi nama 'Milk' ini telah dijaga oleh seorang remaja sejak enam bulan yang lalu. Pada jam 5 pagi, dia telah mendengar anjing tersebut menyalak dengan kuat seolah-olah memberi amaran sesuatu yang berlaku. 



Penjaga Milk mendapati anjingnya itu cedera teruk dan dalam keadaan kritikal. Rahang Milk Cedera parah manakala muncungnya pecah! Anjing tersebut kemudiannya telah diambil oleh seorang wakil dari Pulau Pinang Hope Of Strays.


Anjing cedera yang dinamakan Milk itu telah dipindahkan ke Peng Aun Veterinar, di Gottlieb Road, Georgetown, Malaysia. Peng Aun Vet juga dilengkapi dengan kemudahan perubatan yang lengkap untuk merawat Milk.


Dilaporkan Milk kini dalam keadaan yang masih tidak stabil dan dipercayai mengalami muntah serta tidak boleh makan akibat keceraan teruk yang dialami.


Justeru itu sokongan orang ramai diperlukan agar insiden ini diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa dalam membanteras kes penganiayaan terhadap haiwan!

Sumber Tambahan : Fiza Saad

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




KEJAM! Gambar & Video Anjing Dipukul Teruk Dan Dikelar Dengan Pisau Cetus Kemarahan Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.