Wednesday, May 25, 2016

Kau Bunuh Kucing-Kucing Aku Guna Serbuk Racun... KEJAM!!! Pemilik Kucing Tampil Dedah Kisah Sebenar

Kenapa lah orang sanggup meracun haiwan yang tak bersalah ni. Kalau pun tak suka kucing-kucing ni jangan lah sampai diracun tanpa pengetahuan tuannya. Apa salahnya bagi je tahu tuan empunya kucing tu kan. Sedih hati kami tengok. 

Gadis ni memuat naik beberapa gambar di akaun Facebooknya Farah Fasci memberitahu 3 ekor kucingnya diracun oleh jirannya sendiri!


22/5/16: KAU BUNUH KUCING2 AKU!

Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.

Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.


Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing2 kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah...

lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! 😢 tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?

Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.

Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!

Kau Bunuh Kucing-Kucing Aku Guna Serbuk Racun... KEJAM!!! Pemilik Kucing Tampil Dedah Kisah Sebenar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.