Thursday, May 19, 2016

Jejai JAWAB Tuduhan Dirinya Sering Ganggu Fasha Sandha

Beberapa hari lalu Fasha Sandha Buat Laporan Polis, Tidak Tahan Sering Diganggu 'Seseorang' iaitu bekas suaminya, iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Bagaimanapun Jejai akhirnya tampil menafikan berhubung perkara tersebut.
“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya. Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,” kata Jejai lagi.

Jejai dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia kini sedang berbincang dengan peguamnya untu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan dirinya dengan menyebarkan pelbagai andaian buruk semenjak dia bercerai dengan aktres popular itu.


Untuk info, Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum mengambil keputusan bercerai pada 20 Januari lalu.


Hasil perkahwinan selama empat tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Jejai JAWAB Tuduhan Dirinya Sering Ganggu Fasha Sandha Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.