Monday, May 16, 2016

Isu Belasah Wanita, Mahkamah Jatuhkan HUKUMAN Ke Atas Lydiawati

Pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan sengaja mencederakan seorang wanita Mac lepas.

Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon, yang memakai jubah dan tudung hitam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Lydiawati yang terkenal menerusi filem Suami, Isteri dan ..., didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.



Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati memohon supaya wang jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menanggung dua anak yang sedang menuntut di universiti luar negara dan di sekolah menengah.


Katanya Lydiawati juga tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Keluarga Lydiawati membayar jaminan itu.


Pada 25 Mac lepas, Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral.

Isu Belasah Wanita, Mahkamah Jatuhkan HUKUMAN Ke Atas Lydiawati Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.