Sunday, May 8, 2016

Helikopter Terhempas... Inilah Whatsapp Terakhir Ahmad Sobri Kepada Keluarga Sebelum Nahas Berlaku!

Khamis lalu Malaysia telah digemparkan dengan satu tragedi membabitkan nahas helikopter pesawat Eurocopter AS350 RCP2868 yang dinaiki orang kenamaan dari Betong ke Kuching.

Mangsa pertama yang berjaya ditemui adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon. 



Adik kepada pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun antara 5 yang masih hilang mendoakan agar abangnya itu berjaya ditemukan dengan selamat. Whatsapp dan permintaan terakhir mangsa kepada keluarga bagaikan satu petanda dan amat memilukan.
“Sdap ape…xsedap… (sedap apa.. tak sedap)”. Itulah WhatsApp terakhir Ahmad Sobri Haron, 26, yang turut berada di dalam helikopter yang terhempas di Sarawak, kepada ahli keluarganya apabila diusik bahawa beliau akan berasa seronok dapat menaiki helikopter.

Kiriman dihantar beliau pada jam 2.15 petang itu, mendapat reaksi adik-beradiknya yang lain, dan ada mendoakan supaya beliau selamat mendarat, namun tiada sebarang balasan daripada mangsa.

Adik bongsu Ahmad Sobri, Siti Noriah, 22, berkata, abangnya yang dipanggil Abang Cik itu, baru sahaja pulang ke kampung pada hujung April lalu dan sempat membawa kedua ibu bapa mereka bercuti di Cameron Highlands.
“Abang Cik (Ahmad Sobri) seorang yang penyayang. Saya berdoa agar abang cik selamat,” katanya dalam nada hiba ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Cempaka di sini.
Siti Noriah berkata, Ahmad Sobri yang masih bujang, amat meminati kerjaya sebagai anggota polis dan mula menjadi pengawal peribadi sejak tiga tahun lepas.

Siti Noriah berkata, keluarganya hanya menyedari berlaku nahas membabitkan anak keempat daripada lima beradik itu, menerusi televisyen malam tadi.
“Mak dan ayah serta dua adik beradik lain telah ke Kuching. Mak dan ayah keluar dari sini sejak 12 tengah hari tadi dan kedua beradik lain akan tunggu di KLIA,” katanya, yang turut menunjukkan gambar kiriman Ahmad Sobri menerusi WhatsApp sekitar 11.50 pagi jumaat lalu.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1)  KECOH Wanita Mengamuk Dalam Masjid, Imam Masjid Beri Penjelasan!

2) NAFSU BINATANG! Lelaki Terima Padah Gigit Kemaluan Isteri Hingga Putus

Helikopter Terhempas... Inilah Whatsapp Terakhir Ahmad Sobri Kepada Keluarga Sebelum Nahas Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.