Monday, May 2, 2016

Hafiz Suip Dedah Tarikh Nikah, Akui Gementar Menjelang Hari Bahagia!

Penyanyi Hafiz Suip yang telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya Nurefy atau Effy tahun lalu kini mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga lebih kurang 2 minggu lagi.

Pasangan terbabit memilih 14 Mei ini untuk diijab kabul sebagai suami-isteri selepas melangsungkan pertunangan pada Februari tahun lalu, di Kuching, Sarawak. 



Keesokannya, Hafiz dan Nurefy atau Effy akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi. Kedua-dua majlis akan diadakan di Kuching.

Berkongsi perasaan menjelang hari bahagia, tidak dapat diakui perasaan gementar menghantui diri Hafiz.
"Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ia perkara biasa dilalui bakal suami seperti saya. 
"Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apapun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-Allah," katanya yang sudah pun berada di Kuching ketika dihubungi.

Untuk info, Hafiz dan bakal isterinya itu menjalinkan hubungan persahabatan sejak lima tahun yang lalu ketika dirinya belum bergelar sebagai penyanyi. Tambah Hafiz lagi, dia tertarik dengan Effy kerana gadis itu lemah lembut, matang serta menghormati orang tua.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Hafiz Suip Dedah Tarikh Nikah, Akui Gementar Menjelang Hari Bahagia! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.