Sunday, May 15, 2016

Hafidz Roshdi Dedah Bakal Berkunjung Ke 3 Lokasi Berbeza Berbulan Madu Bersama Isteri

Meskipun sudah beberapa minggu mendirikan rumah tangga namun pelakon Hafidz Roshdi yang dahulunya pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kini masih belum sempat meluangkan masa bersama isterinya Nurul Shuhada.

Meskipun begitu, dia sudah mempunyai perancangan untuk berbulan madu ke 3 lokasi berbeza bermula minggu hadapan.
“Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti. Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu”
“Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan,” jelasnya.
Artikel menarik:- MENARIK! Biodata Nurul Shuhada, Isteri Hafidz Roshdi Perlu Anda Tahu


Selain itu menurut Hafidz, rezekinya selepas berkahwin juga semakin meriah dan melimpah ruah baik dari lakonan dan juga tawaran menjadi duta produk.

Tambahnya, dia tidak mahu terus berbicara tentang kontroversi yang melanda dirinya dan juga kritikan peminat terhadap wajah isterinya kerana perkara tersebut sudah pun berlalu dan banyak lagi perkara lain yang lebih penting daripada kritikan itu.


Untuk makluman, kedua pasangan ini sah bergelar suami isteri tanggal 30 April lalu dan Nurul Shuhada dikritik hebat oleh netizen dimana ada yang mempertikaikan rupa paras beliau. Sekaligus ia mengundang perhatian beberapa selebriti tanah air menyelar tohmahan netizen menerusi PANAS! Rakan Artis 'Bergabung' Hentam Pengkritik Hafidz Roshdi Di Instagram.

Hafidz Roshdi Dedah Bakal Berkunjung Ke 3 Lokasi Berbeza Berbulan Madu Bersama Isteri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.