Thursday, May 5, 2016

Gigihnya Nenek Bukan Islam Ini Menjaga Cucu Beragama Islam, Lihat Apa Yang Dilakukan Sangat Mengejutkan!

Seorang nenek berbangsa Cina peranakan, Tan Guan Neo, 71, yang menjaga Fahira Nabilah Isham, 20, sejak dari tahun lalu tekad mendidik cucunya itu tanpa mengabaikan pendidikan Islam yang sempurna.

Menurut Guan Neo yang lebih mesra dipanggil Popo, doa menjaga cucunya itu selepas ibu(anak sulung Popo) dan bapa Fahira tidak sihat semasa umurnya baru 4 bulan.

“NABI Muhammad siapa yang jaga? Bapa saudara dia bukan Islam, jadi apa salahnya saya jaga darah daging sendiri,” kata seorang nenek berbangsa Cina peranakan yang nekad menjaga cucunya beragama Islam sejak 20 tahun lalu.
Artikel menarik:- Permintaan Terakhir Seorang Anak Kecil Buat Ibu Sebelum Temui Ajal Sangat Menyayat Hati!


Berpegang kepada sirah nabi itu, Tan Guan Neo, 71, dengan seluruh kudrat yang ada menjaga cucunya Fahira Nabilah Isham, 20, seperti anaknya sendiri tanpa mengabaikan pendidikan agama Islam cucunya.

Malah, kerana menghormati agama yang dianuti cucu dan tiga anaknya yang lain, Guan Neo yang lebih mesra dipanggil popo sanggup membasuh rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka di sini, dengan air tanah.
“Disebabkan ibu dan bapa Fahira tidak sihat, saya ambil dan jaga Fahira masa dia umur empat bulan sementara dua lagi adik lelaki Fahira sekarang berumur 11 dan 18 tahun dijaga oleh besan saya di Jasin.
“Masa nak jaga Fahira, saya tanya anak sulung (Faridah Nurul Ain, 51) apa yang perlu saya buat kalau mahu jaga orang Islam dan Ain pun beritahu apa yang boleh dan tak boleh termasuklah basuh rumah dengan air tanah.
“Ada juga pinggan mangkuk dan cawan yang dibuang dan sejak itu juga saya dan suami sudah tak bela anjing,” katanya yang kehilangan suami dua tahun lalu akibat denggi berdarah.
Ajar cucu puasa seawal usia lima tahun

Guan Neo juga mengajar cucunya berpuasa seawal usia lima tahun. Walaupun berlainan agama, dia mahu Fahira bukan sekadar mengenali Islam, tetapi mahu cucu kesayangannya itu mempraktikkan ajaran Islam sekali gus menjadi penganut agama Islam yang baik.
“Saya sendiri hantar dia sekolah agama, hantar dia mengaji walaupun hujan dan saya pukul dia kalau tak solat masa kecik-kecik dulu sebab saya mahu dia kenal agamanya dan hidup dengan beragama.
“Saya mahu dia berjaya, ada pendidikan dan saya bersyukur Fahira sudah khatam tiga kali, boleh sembahyang dan baca Quran selain sekarang ini belajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.
“Saya selalu doa, kalau sudah sampai masa saya pergi, biarlah ketika itu Fahira sudah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik untuk dia bergantung hidup kerana bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya pula sakit,” katanya.
Menurut popo, selain ibu Fahira yang kini mengidap sakit mental, dua daripada lima anak perempuannya juga bertukar agama termasuk anak sulungnya, Faridah Nurul Ain yang mesra dipanggil Ain menerima hidayah ketika sekolah menengah.
“Dulu saya dan suami kerja di Tebong sementara Ain belajar di Sekolah Tengku Besar Tampin. Ada satu hari dia balik rumah pakai tudung. Masa tu saya dan suami marah-marah juga dan risau kalau dia mahu kahwin.
“Tapi Ain terangkan dia tukar agama kerana agama bukan kerana kahwin dan sejak itu saya dan suami terima walaupun jiran-jiran mengata dan mencemuh saya sekeluarga.
"Selepas bertukar agama, Ain juga tinggal dengan ibu angkatnya di Kuala Pilah dan berkahwin dengan lelaki Melayu lima tahun kemudian,” katanya yang mempunyai 15 cucu termasuk 11 beragama Islam.
Setiap agama suruh manusia jadi baik

Nenek ini juga berkata walaupun tiga anak beragama Islam dan menjaga cucu berlainan agama, ia tidak menghalangnya untuk mengamalkan ajaran Buddha.
“Setiap agama suruh manusia jadi baik, jadi saya harap amalan baik saya kalau tak dibalas di dunia, dapat balasan di akhirat,” katanya sebelum mengahkiri perbualan.
LAGI KISAH MENARIK:-

1) MENYERAMKAN! Lelaki Ini BONGKAR Cerita Sebenar Selepas Kematian Ayah Pin Pasti Buat Anda MEREMANG BULU ROMA

2) Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!

3) Ketahui Gaya Selfie Yang Buat Orang Rasa Menyampah!

Gigihnya Nenek Bukan Islam Ini Menjaga Cucu Beragama Islam, Lihat Apa Yang Dilakukan Sangat Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.