Wednesday, May 25, 2016

EKSKLUSIF! Biodata PENUH Safiey Ilias, Jutawan Muda Yang Bukan Calang-Calang Orang

Baru-baru ini menjadi viral dan bualan hangat dengan kisah dimana seorang pondan jutawan Safiey Ilias yang telah insaf dan mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan.

Pembedahan untuk membuang implan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016. Perubahan yang dilakukan oleh Safiey Ilias telah mendapat sokongan pengguna laman sosial dan kini kisahnya turut terpapar di media cetak tempatan.



Namun sejauh manakah anda mengenali beliau?

Berikut merupakan biodata penuh Safiey Ilias yang tidak diketahui ramai.

Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias

Nama Komersial: Safiey Illias

Umur: 22 Tahun (2016)

Tarikh Lahir: 19 Mei 1994

Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang

Alamat Terkini: Kuala Lumpur

Jantina: Lelaki

Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan

Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)

Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam.

Gambar Safiey Ilias menunjukkan beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dengan mencatat 8A PMR.


Fakta Kejayaan Safiey Ilias:-

  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500.
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.


Gambar Kereta Mewah Milik Jutawan Safiey Ilias

Semua kereta dibawah dibeli secara cash sejak usia 19 Tahun.





Alhamdulillah, HIDAYAH ITU MILIK ALLAH! Semoga kisah kejayaan beliau ini dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.

EKSKLUSIF! Biodata PENUH Safiey Ilias, Jutawan Muda Yang Bukan Calang-Calang Orang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.