Sunday, May 29, 2016

Dikritik Netizen Guna Applikasi 'Smule', Ini Komen Siti Nurhaliza Buat Pengkritik!

Nama Datuk Siti Nurhaliza bukanlah sesuatu yang asing lagi didalam bidang seni, dalam ramai yang memuji ada juga yang tidak senang dengannya. Terbaru Siti telah mencetuskan perdebatan dikalangan peminatnya apabila beliau menggunakan aplikasi nyanyian, Smule yang dianggap menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.
“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.
ARTIKEL MENARIK:- Fuhhh Bergetar Tulang Rusuk! Gambar Dan Gelagat COMEL Siti Nurhaliza Bila Pakai Uniform Sekolah


Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.
“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.
 

Dikritik Netizen Guna Applikasi 'Smule', Ini Komen Siti Nurhaliza Buat Pengkritik! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.