Tuesday, May 31, 2016

Cerita Sebenar Suami Bunuh Isteri Hamil, Badan Dikerat Tiga Guna Gergaji Hingga Janin Terkeluar Dari Perut!

Setelah hampir seminggu pihak polis memburu suspek pembunuhan wanita hamil Nur Astiyah yang mesra di panggil dengan nama Nuri maut dikerat tiga hingga janinnya terkeluar kini teka teki misteri pembunuhan itu terbongkar.

Agus, 30 suami mangsa yang hilang selepas kejadian berjaya ditahan di salah sebuah restoran “selera bunda” surabaya pada 20 april 2016 oleh anggota polis Daerah Metro Jaya selepas menerima aduan individu yang mendakwa melihat agus setelah gambar suspek ditampal oleh orang ramai tersebar. 


Ketika polis membuat tangkapan, suspek dilihat menangis dan bertindak memeluk salah seorang anggota polis dengan wajah yang ketakutan.
"Sewaktu tangkapan dibuat, tiada langsung respon tindak balas dari suspek yang cuba melepaskan diri dan Agus berjaya ditangkap masuk kemudian diiringi sehingga ke kereta polis." Kata Herry.
Untuk info, Agus dipercayai membunuh isterinya yang sedang hamil 5 bulan pada tarikh 10.04.2016 lalu dan menjual telefon bimbit Nuri kemudian meninggalkan badan Nuri yang dikerat 3 berserta janin manakala kaki mangsa yang dipotong dibuang oleh anak buahnya, Eri yang turut terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Menurut keterangan Herry, kaki Nuri yang dipotong ditemui sekitar 500 meter dari kedai telefon bimbit yang dijual oleh Agus.


Hasil bedah sisat mendapati:-

- Mangsa dianiaya sebelum dikerat tiga
- Terdapat kesan tikaman senjata parang ditemui pada badan Nuri
- Jasad janin yang dipercayai mati berumur sekitar 5 hingga ke 6 bulan.
- Kedua belah tangan dan kaki dipotong manakala kepala dan badan bercantum.
- Isi perut terburai keluar
- Mangsa dipercayai dipotong dengan gergaji di setiap bahagian sendi
- Mayat mati dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui pihak polis



Motif pembunuhan:-

Tuti Agustina merupakan isteri pertama Agus tidak menyangka bahawa suaminya itu sanggup melakukan pembunuhan kejam itu dan akan meminta cerai selepas proses penyiasatan selesai.

Sebelumnya Tuti sudah dapat mengagak bahawa suaminya itu curang namun belum mengetahui siapakah wanita tersebut.

Sehinggalah terbongkar selepas kecoh di media sosial mengatakan ada seorang wanita yang mati dikerat oleh suaminya yang bernama Agus Kusmaidi.

Dilaporkan, Tuti dan Agus telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata berumur 7 tahun.

Selepas Agus bekerja di Tangerang, Tuti jarang berhubung dengan Agus sejak 8 bulan lalu dan hanya berhubung melalui telefon.

Sementara itu, menurut pengakuan Agus dia mulai tinggal sebumbung dengan Nuri sejak 14 Ogos 2015 dan sebulan selepas itu Nuri disahkan hamil.

Sejak dari itu, mereka sering bertengkar kerana Status mereka yang tidak diketahui oleh Tuti selain faktor kos perbelanjaan hidup selama mereka tinggal bersama.

Rancangan untuk membunuh Nuri sudah dirancang pada 2 April 2016 dimana Agus telah meminta bantuan anak buahnya Eri mengenai rancangan pembunuhan tersebut.

Sehinggalah Nuri ditemui di rumahnya pada Rabu 13.04.2016 dalam keadaan bogel dimana kaki, tangan dipotong dan perut terburai.

Berdasarkan seorang jiran yang tinggal berdekatan, Muplihah sebelum kejadian  dia ada mendengar kedua pasangan itu bergaduh pada 10.4.2016 kemudian tidak lama selepas itu tidak terdengar apa apa lagi.
"Sehari selepas itu saya mulai mencium bau yang tidak sedap, hari isnin dan selasa sudah tercium tapi tidak terlalu busuk, namun hari ini baunya sudah semakin busuk, kami terus membuat laporan polis”. Kata saksi.

Cerita Sebenar Suami Bunuh Isteri Hamil, Badan Dikerat Tiga Guna Gergaji Hingga Janin Terkeluar Dari Perut! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.