Wednesday, May 25, 2016

WOW! 4 Bulan Hamil, Inilah Yang Terjadi Kepada Nad Zainal... MENGEJUTKAN!!!

Pelakon Nad Zainal memberitahu akan berehat daripada sebarang aktiviti lakonan bermula pertengahan Jun ini bagi memberi perhatian terhadap kandungannya yang yang kini berusia 19 minggu.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, ia adalah permintaan suaminya Muhammad Faliq Amiruddin yang mahu dia menjaga kandungan dan menumpukan perhatian terhadap bisnes yang bakal dijalankan sepanjang Ramadan ini.
"Perut sudah semakin membesar dan lepas habis penggambaran drama pada 14 Jun ini saya akan berehat sehingga bersalin nanti, Insya-Allah berlakon semula pada Disember depan.
"Dalam pada masa yang sama saya akan fokus kepada perniagaan pakaian saya sepanjang Ramadan ini di Dataran Istana Budaya," ujarnya.

Nad Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan dan keadaan kandungannya yang kini sudah mencecah empat bulan.


Nad dan Faliq, 28, bernikah pada 18 Disember tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam, dekat sini.

Bercerita lanjut tentang kehamilannya, Nad mengakui sudah pun melepasi tempoh alahan yang teruk pada minggu-minggu pertama kehamilan.


Malah, kata Nad, perkara tersebut turut dialami oleh suaminya yang sering berasa pening.
"Saya muntah-muntah dan pening pada dua minggu pertama hamil sahaja sekarang sudah tidak lagi, malah suami saya juga mengalami perkara yang sama.
"Dari segi makan pula, saya lebih suka makanan kering dan tidak berkuah. Lebih pelik saya suka makan sambal petai, kalau boleh tiap-tiap hari nak makan petai," ujarnya.
Dalam pada itu, Nad yang dijangka bersalin pada Oktober depan itu berkata, akan mula membuat persiapan dan membeli barang-barang bayi pada bulan hadapan selepas mengetahui jantina bayi berkenaan.


Tambahnya, biarpun agak teruja menyambut kelahiran bayi sulung mereka, namun dia tidak mahu terlalu membazir dan mengutamakan barangan yang penting terlebih dahulu.
"Kami belum buat apa-apa persiapan lagi kerana belum tahu bayi lelaki atau perempuan. Insya-Allah, doktor beritahu sudah boleh scan untuk lihat jantina, mungkin bulan hadapan kami akan mula buat persiapan," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonannya selepas bergelar ibu, Nad mengakui akan lebih memilih karya yang matang dengan pengalamannya sebagai pelakon.
"Setakat ini saya tidak tahu bagaimana selepas bersalin nanti, sekarang pun ramai pelakon-pelakon baru muncul. Mungkin juga saya akan lebih memilih kepada karya-karya yang lebih matang dan sesuai dengan saya," ujarnya.

WOW! 4 Bulan Hamil, Inilah Yang Terjadi Kepada Nad Zainal... MENGEJUTKAN!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.