Monday, May 30, 2016

Berdepan Dengan Hukuman Mati, Inilah Luahan Mengejutkan Rahmad Alim Suspek Pembunuhan Kejam Enno Parihah!

Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan insiden pembunuhan kejam membabitkan gadis 18 tahun, Enno Parihah. Mangsa maut dirogol dan kemaluan ditusuk dengan batang cangkul oleh teman lelaki. Lebih MENYAYAT HATI! Ketua Polis DEDAH Laporan Terkini Hasil Bedah Siasat Gadis Maut Diro9ol Dan Ditusuk Cangkul. Rata-ratanya kes ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pembunuhan tersebut.

Rahmad Alim, 15, merupakan salah seorang pelajar sekolah yang terlibat dalam pembunuhan sadis Enno Parihah yang kini hanya menunggu hari persidangan untuk menerima hukuman gantung sampai mati.


Menurut seorang cikgu di sekolahnya, Rahmad Alim merupakan seorang pelajar yang berpotensi dan bijak. Sebelum ini, Rahmad Alim pernah dimasukkan ke sekolah pondok oleh kedua ibu bapanya selama setahun 6 bulan namun berhenti kerana tidak dapat berpisah jauh dari orang tuanya.


Dimata keluarga, Rahmad Alim merupakan seorang anak yang pendiam dan rajin menolong kedua ibu bapanya. Dia hanya keluar malam untuk bermain PS. Berita Rahmad Alim yang terlibat dalam pembunuhan Enno benar-benar mengejutkan seluruh ahli keluarganya.
"Dia jarang membuat masalah dan menyusahkan keluarga, naik motor pun belum pandai". Kata bapa saudaranya di balai polis mapolda metro jaya.
Sejurus menerima berita mengejutkan Rahmad Alim akan ditahan reman selama lima hari, ibu dan bapa saudaranya terus menemui Rhmad Alim di mapolda metro jaya

Sewaktu menemui Rahmad Alim, dilihat dia dalam keadaan muka yang penat, tangannya digari dan menyesali perbuatannya ke atas Enno. 


Si ibu yang melihat anaknya dalam keadaan sedemikian tidak dapat menahan sebak kemudian memeluk Rahmad Alim dimana mungkin itulah pelukan terakhir sebelum Rahmad dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Susulan kejadian itu, ibu dan bapa Rahmad telah berpindah ke tempat tinggal yang baru kerana tidak tahan dicaci maki oleh masyarakat setempat, manakala bapanya masih dalam keadaan sakit kerana masih terkejut dengan berita yang diterima itu.


"Maafkan Rahmad ibu". Kata Rahmad sambil memeluk ibunya. Menurut pengakuan yang dibuat Rahmad baru-baru ini, dia akui tertekan atas desakan 2 lagi suspek iaitu Imam dan Arif setelah merogol Enno. 
"Saya diugut akan dilaporkan kepada pihak polis sekiranya Enno masih hidup". Kata Rahmad kepada Teddy iaitu peguam Rahmad yang turut dimaki oleh masyarakat kerana masih cuba untuk merngankan hukuman yang bakal dijalani oleh Rahmad.
"Saya kasihan melihat ibu bapa Rahmad menjadi mangsa tohmahan masyarakat akibat tersebarnya berita pembunuhan yang dilakukan oleh Rahmad di media. Apa kesalahan yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya? Mereka juga tidak mengetahui bahwa Rahmad dan Enno mempunyai hubungan cinta. Kerana tidak tahan dicaci maki, keluarga itu terpaksa berpindah ke tempat baru." Kata Teddy.

Menurut pihak polis, meskipun Rahmad bukan dalang utama pembunuhan Enno namun kerana Rahmad lah pembunuhan itu berlaku dan disebabkan itu Rahmad menjadi suspek pertama yang akan dibicarakan selain beberapa faktor lain.

Sementara itu, pihak keluarga Enno pula tetap tidak mahu berganjak dengan keputusan mahu ketiga-tiga suspek dihukum sampai mati.
"Perbuatan mereka bukan lagi perbuatan manusia dan layak menerima hukuman gantung sampai mati, bukan hanya keluarga kami akan tetapi masyarakat juga mahu ketiga-tiga pembunuh Enno dihukum gantung sampai mati. Saya tahu bagaimana rasanya kehilangan anak." Kata Arif Fikri bapa Enno.

Berdepan Dengan Hukuman Mati, Inilah Luahan Mengejutkan Rahmad Alim Suspek Pembunuhan Kejam Enno Parihah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.