Monday, May 30, 2016

Berat Badan Turun Mendadak, Uqasha Senrose Dedah Punca Sebenar! Bertabahlah...

Bukan mudah sebenarnya menangkis kontroversi yang datang. Jika tidak kena gaya, bakal meranapkan nama seseorang artis dalam sekelip mata. Biar seteguh mana pun empayar kerjaya seni dibina, percayalah bahawa cabaran yang perlu direntasi bukan seindah yang disangka.

Berdepan dengan episod hitam bagaikan tiada henti ternyata membuatkan pelakon cantik, Uqasha Senrose tertekan. Biarpun tampak kuat menghadapi dugaan, di dalam hatinya siapa yang tahu. 

Mengakui banyak tersilap langkah dalam mengatur susur galur lembaran seninya, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata nista orang yang seringkali menjengah dalam telinganya. 

Pernah sekali mendedahkan lebih ramai yang membenci pelakon ini daripada meminatinya, Uqasha seakan pasrah dengan serangan tanpa henti pihak luar kerana dia sendiri sedar itu semua adalah di atas kejahilannya sendiri.



Bersua bicara bertentang mata dengan pelakon ini, jelas kelihatan berat badannya semakin susut sehingga seperti orang sakit gayanya. Malah, dia sendiri mengakui kurang gemar dengan susuk tubuhnya ketika ini.
“Saya makan seperti biasa, tiada istilah diet pun. Tapi itulah, berat tak naik-naik juga, sebaliknya semakin kurus pula. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi, mungkin kerana kerja yang tidak berhenti kot? 
“Sejujurnya saya terlalu kurus sekarang. Turun hampir 10 kilogram daripada 52 kilogram sebelum ini. Tapi kalau dalam gambar atau kaca televisyen, nampak seperti biasa sahaja, kan?” seloroh anak kacukan Kelantan-Siam ini. 


Tidak menolak tekanan merupakan antara faktor yang menyebabkan dia terlalu kurus, Uqasha mengakui penglibatan dalam teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung baru-baru ini membuatkannya tidak tidur malam kerana risau. 

Bukan bimbang tentang penampilan diri di pentas, namun apa yang lebih menjadikan dirinya tertekan adalah penerimaan peminat serta kemampuan dirinya sendiri dalam menjayakan watak Izzah yang digilai ramai itu. 

Biarpun persembahannya membuka mata pelbagai pihak yang dulu meragui kehebatan pelakon ini, namun jauh di sudut hati Uqasha, dia tahu masih ada pihak yang menidakkan kemampuannya di pentas teater. 

Menganggap pentas teater sebagai sekolah lakonan buat dirinya, Uqasha merasakan perjalanan menjayakan Ombak Rindu sebagai satu pengalaman yang tidak mungkin akan dapat diganti sampai bila-bila. 


Namun apabila disogok soalan adakah dia masih mahu menerima tawaran untuk menjayakan watak ‘sebesar’ Izzah, pelakon ini pantas menggelengkan kepala seakan ‘trauma’ dengan pengalaman menjayakan teater pertamanya. 
“Bukan tidak mahu berlakon teater lagi, cuma mungkin bukan untuk watak-watak yang besar seperti Izzah atau Suri. Biarlah saya melakonkan watak yang kecil-kecil sahaja, kurang sedikit tekanan, 
“Siapa sahaja tidak risau untuk dikritik. Walaupun mulut kata tidak kisah dengan kata-kata negatif pihak luar, namun jauh di sudut hati saya, pasti akan terasa dengan lemparan ayat nista yang sakitnya Tuhan sahaja tahu,” jelas pelakon Tundukkan Playboy Itu ini.

Biarpun kontroversi tidak pernah alpa menjengah ke dalam ruang lingkup diari seni pelakon ini, namun rezeki yang diterima juga semakin menggunung dan dia bersyukur dengan semua yang dikurnia Tuhan untuk dirinya. 
“Saya baru sahaja diumumkan sebagai duta kepada kempen Syukur Selalu TV3. Itu membuka peluang untuk sama-sama terlibat dalam pelbagai program amal dan keagamaan sempena Ramadan kelak. 
“Selepas raya juga saya akan menjalani penggambaran di Maghribi bersama Remy Ishak untuk drama Khabar Dari Casablanca dan juga sebuah telemovie. Jadi jadual agak padat daripada mula puasa sehinggalah selepas raya,” katanya. 

Berat Badan Turun Mendadak, Uqasha Senrose Dedah Punca Sebenar! Bertabahlah... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.