Wednesday, May 4, 2016

Babi Hutan Dipercayai Sesat Mati Tersangkut Di Pintu Pagar Sekolah

KUANTAN: Seekor babi hutan yang dipercayai tersesat, mati tersangkut pada jeriji pintu pagar kedua Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, di sini, pagi tadi. 


Kehadiran haiwan liar itu disedari seorang pengawal keselamatan jam 6.30 pagi sebelum memaklumkan kepada guru sekolah berkenaan. 


Bagaimanapun, haiwan berkenaan mati kira-kira dua jam kemudian kerana tidak dapat melepaskan diri apabila kepalanya tersangkut pada pintu pagar berkenaan.  

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang, Zainal Yusoff, berkata empat anggotanya bergegas ke sekolah itu pada jam 6.40 pagi selepas menerima aduan.     
"Kita turut menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber Berita Harian

Babi Hutan Dipercayai Sesat Mati Tersangkut Di Pintu Pagar Sekolah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.