Monday, May 9, 2016

Apa HUKUM Sambut Hari Ibu?? Jawapan Mufti Perlis Ini Pasti Buat Ramai Ustaz Terpaksa Bersetuju!!!

Ramai yang bergaduh di media sosial tentang hukum sambutan Hari Ibu. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak boleh. Yang HARAM tu pulak dia punya hujah samar-samar. Rentetan kemelut yang tiada berkesudahan ini tampil Dr Maza selaku Mufti Perlis menjawab persoalan ini menerusi laman Facebooknya DrMAZA.com.



Ramai bertanya pasal sambutan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan seumpamanya. Apa pandangan?

Ringkasnya saya ingin jelaskan, bahawa agama sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Wahyu agama sudah terputus dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa pun yang boleh menokok tambah agama ini. Akidah dan ibadah khususiah tidak berubah dari teks asal yang dinaskan. 

Adapun urusan kehidupan dunia, seperti pembinaan bangunan, cara urus tadbir kehidupan, hiburan dan aktiviti sosial antara manusia kesemuanya dibolehkan asalkan tidak menyanggahi nas agama yang jelas.

Maka, bentuk tarian, gaya pakaian ataupun upacara sambutan hari sekolah, kebangsaan, ibu, guru, pekerja dan seumpamanya selagi tidak dianggap sebagai upacara keagamaan tetapi sekadar aktiviti sosial antara manusia, maka ia termasuk dalam keumuman perkara yang DIBOLEHKAN. Namun, jika diiringi dengan kepercayaan tertentu yang membabitkan unsur agama, maka ia DILARANG. Demikian jika diiringi dengan aktiviti yang jelas menyanggahi agama seperti arak, judi dan seumpamanya maka aktiviti itu haram.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




Apa HUKUM Sambut Hari Ibu?? Jawapan Mufti Perlis Ini Pasti Buat Ramai Ustaz Terpaksa Bersetuju!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.