Saturday, May 28, 2016

Akui Trauma Diragut, Ayda Jebat Nasihat Wanita Lain Lebih Waspada!

Mengambil ikhtibar daripada insiden ragut yang menimpanya, Ayda Jebat berharap golongan wanita lebih berwaspada walau pun berada di tempat awam terutama ketika membawa atau memegang tas tangan.


Menurut  Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 25, dia masih terkesima mengenang kejadian yang berlaku ketika bersama beberapa rakan makan di sebuah restoran di Wangsa Melawati, di sini kira-kira jam 11.30 Khamis lalu. 
"Saya berharap orang ramai terutama wanita mengambil sikap berhati-hati dengan kejadian ragut yang menimpa saya semalam. Bukannya sedang melintas jalan, sebaliknya saya sedang duduk menunggu makanan yang dipesan. Individu itu boleh tersenyum sebelum menyentap beg di riba saya.
ARTIKEL MENARIK:-  Tak Sangka Betul! Sekian Lama Menyepi, Rupanya Inilah Yang Terjadi Kepada Hazami Tidak Diketahui Ramai
"Semuanya berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat menjerit. Kadang kala kita memandang ringan keselamatan beg tangan kita, namun hakikatnya kejadian ragut ini boleh menimpa sesiapa saja andai kita terleka sesaat pun. 
"Syukur saya tidak cedera, namun mungkin selepas ini saya trauma untuk keluar sendirian dan memerlukan teman bersama saya," katanya.

Pelantun lagu Pencuri Hati itu terus membuat laporan polis sejurus selepas kejadian di Balai Polis Wangsa Maju dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

Akui Trauma Diragut, Ayda Jebat Nasihat Wanita Lain Lebih Waspada! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.