Tuesday, May 17, 2016

Abu Sayyaf Tetapkan SYARAT Terbaru Bebaskan 3 Mangsa Tebusan

MANILA: Kumpulan pelampau Islam Filipina yang memenggal kepala seorang lelaki warga Kanada bulan lalu berkata mereka akan membunuh seorang lagi tebusan dari Barat jika wang tebusan jutaan dolar tidak dibayar dalam tempoh empat minggu.

Sebuah video yang dikeluarkan oleh kumpulan Abu Sayyaf di mana pemimpinnya telah bersumpah setia kepada militan Negara Islam (IS) menunjukkan warga Kanada, Robert Hall dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad sedang memakai baju oren di kawasan bersuasana hutan, dikelilingi lelaki bersenjata.

Tebusan itu berkata orang yang menangkap mereka telah mengancam untuk membunuh sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka jika tiada pembayaran diterima sehingga 13 Jun ini.



Keterangan pada video itu, yang dibawakan oleh laman pemantauan keganasan Kumpulan Risikan SITE menuntut sebanyak 600 juta peso (RM52 juta).

Pada bulan April, kumpulan itu membunuh warga Kanada John Ridsdel selepas tarikh akhir bayaran tebusan berlalu.

Ridsdel, Hall, Sekkingstad dan teman wanita warga Filipina Hall telah diculik pada 2015 di sebuah resort di pulau Samal, yang terletak beratus-ratus kilometer dari kubu kuat Abu Sayyaf.

Kumpulan itu telah dipersalahkan kerana serangan terburuk pengganas dalam sejarah Filipina.

Walaupun pemimpinnya telah berikrar taat setia kepada IS, penganalisis berkata mereka lebih tertumpu kepada hasil lumayan penculikan untuk wang tebusan berbanding menubuhkan kepemimpinan.

Abu Sayyaf juga dipercayai sedang menahan empat rakyat Malaysia, pemerhati burung dari Belanda dan empat warga Filipina, yang diculik dalam serbuan berasingan.

Sumber Mstar Online

Abu Sayyaf Tetapkan SYARAT Terbaru Bebaskan 3 Mangsa Tebusan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.