Tuesday, May 3, 2016

4 Hari Tayangan, Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 Raih Kutipan Di Luar Jangkaan!

Filem cinta lagenda Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) kini telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta selepas 4 hari tayangan di Malaysia dan juga Brunei. Perkara tersebut disahkan oleh pengedarnya, Primeworks Distribution Sdn Bhd dan kini menjangkakan kutipan yang lebih tinggi.



Pengurus Pemasaran Filem Primeworks Distribution, Rabiatul Addawiah Samueil berkata, tayangan filem Captain America: Civil War pada Khamis lalu memberi sedikit kesan terhadap kutipan AADC2.
“Sejak hari pertama tayangan, filem itu disaksikan lebih 80,000 penonton tempatan dan Brunei. Kami mensasarkan sebanyak 500,000 penonton sehari. Pun begitu, kami bangga kutipan diterima dan yakin jumlah itu akan terus meningkat,” katanya.

Selain itu, pihak pawagam akan menambah 10 panggung di seluruh negara. Filem AADC2 arahan Riri Riza menampilkan lakonan Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Adinia Wirasti dan Sissy Prescillia.

4 Hari Tayangan, Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 Raih Kutipan Di Luar Jangkaan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.