Wednesday, May 25, 2016

17 Tahun Simpan Rahsia, Akhirnya Gadis Ini Bongkar Cerita Sebenar Trauma Dan Fobia Dengan Lelaki!

Pernah tak korang dengar mengenai kes ‘paedophile’? Dalam diam rupanya ramai yang pernah menjadi mangsa paedophile ni. Ada di antara mereka yang trauma disebabkan pengalaman dicabul dan gangguan seksual semasa kanak-kanak oleh lelaki-lelaki kepercayaan mereka (adik beradik, jiran, rakan…).

Namun, oleh sebab kurangnya pendedahan terhadap jenayah jenis ini, anggota masyarakat tidak faham seteruk manakah kesannya kepada anak-anak kita. Seperti yang dikongsi gadis ini, tak dapat kami bayangkan bagaimana dia menghadapi kehidupannya yang menjadi mangsa cabul semenjak berusia 7 tahun. Selama 17 tahun dia simpan rahsia dicabul seorang diri. Kesiannya!


Masa darjah satu dicabul kawan ayah masa tolong kemas & bersihkan masjid.

Tak sangka kenangan buruk yg aku sangka aku dh lupa datang balik. Seharian aku menangis kt bilik. Trauma tu Allah je tau. Dah 17 tahun aku pendam sorang-sorang.

Masa aku darjah satu, aku kena cabul dengan kawan ayah aku kat masjid. Masa tu ayah aku bilal masjid so aku selalu tolong dia kemas rak quran. So pakcik ni panggil aku suh sapu belakang tiang tempat dia selalu solat tu. Dia tanya nak upah tak? Tapi kena baring depan dia. Masa tu apalah sgt. Aku pun budak lg. Then dia mula buat something sampailah ada sorang abang dtg sergah dia marah2 sbb buat benda tak elok dlm masjid. Abang tu tarik aku bwk gi kat area dapur masjid. Dia tanya aku ok tak? Aku angguk pastu ucap thanks and nak blah. Tapi abang tu tarik aku pastu dia plak cabul aku. Aku menangis sebab takut dia pukul aku ke apa pastu aku dgr suara ayah jerit panggil aku. Abang tu cepat2 lari. Ayah nampak aku kt belakang rak pinggan tanpa tudung dikepala. Ayah dtg tanya kenapa nangis? Aku nampak abang tu buat isyarat suh diam dr jauh. So aku ckp aku jatuh je. Ayah tak syak pape terus bawak aku balik. Sjk haritu aku dh tak ikut ayah aku dh.

Dicabul lagi masa ikut kawan main guli. Cerita kat ibu tapi ibu tak percaya.

Tak lama pastu, kawan aku ajak main guli kt bwh rumah dia. Abang dia nk tunjuk something. lagi sekali jahilnya aku ikut je. Sekali lg aku dicabul oleh kawan aku, abang dia dan sorang lagi yg aku tak kenal. Aku balik cite kat ibu tp ibu tak caye sbb diorang sume sekolah agama. Pastu aku terus tak kawan ngan diorang lagi dah sbb diorg selalu ajak aku gi kt bawah rumah tu.


Parents tak ada kat rumah. Abang acu pisau lipat dimuka dan hampir nak rogol.

Beberapa bulan kemudian, aku ingatkan sume ni akan berakhir. Sampailah satu hari tu parents ngan adik2 aku terpaksa balik rumah atuk. Tinggallah aku ngan abang aku. Masa aku tido kt bilik, tiba2 ada tangan dtg tutup mulut aku suh aku diam. Aku menangis sbb terkejut dan sakit. Rupanya abang plak nk buat onar. Dia suh aku diam kalau tak dia bunuh aku sambil acu pisau lipat kt muka aku. Aku merayu mintak jgn buat pape kat aku tp dia tak nak dengar. Maybe sbb aku menangis kuat sangat, abang aku tak jd rogol aku sbb masa tu jugaklah jiran kt sebelah rumah ketuk2 pintu tanya ada masalah ke. Malam tu aku takleh tido langsung. Aku sorok pisau dapur kt bawah bantal aku just in case dia dtg lagi. Aku nekad dh apa jadi lantak. Tp nasib baik dia tak buat apa dh. Sampai skang ni aku tak bertegur ngan abang sbb aku benci dia.

Masa darjah 4 pernah diculik masa nak ke sekolah tapi berjaya lari.

Cerita ni tak berhenti kat situ je. Masa aku darjah 4 aku pernah kena culik masa otw ke sekolah. Sampai kt satu pondok, pakcik tu turunkan aku dr van hijau dia. Masa dia tgh terkial2 nak ikat aku, aku tendang perut dia sampai tersungkur. Aku pukul kepala dia dgn beg aku then aku lari keluar tanpa arah tuju. Tau2 je org kampung jumpa aku kt tepi reban ayam tah sapa punya. Ayah aku syak ada something wrong tp trauma tu dh cukup berat. Aku tak mampu nak cerita kat dia. Mesti dia malu ada anak macam aku kan? Mesti dia nak salahkan aku sebab tak jaga diri elok2 kan? Berbulan2 aku tak bercakap tp ayah aku sabar je bawak aku kesana sini layan aku mcm bidadari. Ayah sorang la lelaki yg takkan khianat aku. Aku yakin.

Masa kat cfs ada orang masukkan ubat dalam minuman & hampir jadi mangsa.

Citenye belum habis lagi. Masa kt cfs, aku keluar sorang diri pegi cari buku kt pesta buku kt pwtc tu. Masa balik singgah mcd jap. Sbab aku lalai, aku pegi toilet tinggalkan makanan aku camtu je. Lepas tu aku mnum air, aku rasa pening and tau2 je ada 2 org dtg papah aku. Sorang laki sorang perempuan. Aku antara dgr dgn tidak je time tu tp aku sempat dgr diorang kata ‘lauk free malam ni’ aku meronta tp tak kuat. Msa kt pintu keluar, aku randomly paut tangan tah sapa2 jer kat pintu tu and cakap ‘tolong cik. Saya tak kenal diorang ni. Tolong’. Bertempiaran dua ekor tu lari. Hari tu aku dibawa ke balai tp sbb aku tak nampak sapa dua ekor manusia tak guna tu, sia-sia juga la pegi buat report. Aku dihantar pulang ke mahallah. Cite ni tak pernah heboh sbb aku taknak bising.

Lepas apa yang jadi aku trauma, pakaian aku macam lelaki.

Sejak kisah2 pahit tu. Aku dah decide taknak nampak lemah dpn mata semua orang lagi dah. So aku mula jadi mcm jantan. Pakaian aku mcm lelaki tapi aku still bertudung. Kelakuan aku kasar . Sume gara2 tak nak nampak lemah dpan mata org. Walaupun tak pernah officially kena rogol tp sikit banyak pun effect tu kt masa depan jugak. Dara aku dh takde walaupun takda actual penetration. Tp apa yg diorg buat dh cukup tuk jahanamkan masa depan aku. Sume sbb kisah2 haram tak guna ni. Sume sbb manusia2 bangang ni. Sedihnya takdir hidup aku.


Mereka minta maaf & nak tebus kesalahan dulu. Tapi aku tak mampu nak maafkan.

So nak dijadikan cerita, aku teruskan hidop aku macam biasa. first semester kt gombak, mak aku kata ada org masuk meminang. Rupanya abang yg first cabul aku tu. Dia personally contact aku mintak maaf and nk betulkan kesilapan dia taknak mereput dlm neraka dgn ajak aku kawen. Aku menangis masa tu and then i said to him, semoga kau mereput dlm neraka sampai bila2. Aku takkan maafkan kau. Dia pujuk mak aku tp aku ugut nk buat report polis sbb kacau family. Then he stopped.
Masa aku third year, kawan yg cabul aku berjemaah ngan abang dia tu contact aku nk mintak maaf sbb terlanjur perangai. Alasan contact balik pun sama jugak. Nak amik tanggungjawab tu ngan ajak aku kawen. Aku maki mak dia (ibu aku takda masa tu) sbb hal tu. Mak dia menangis mintak maaf jgn seksa lelaki tu sbb dia dh insaf. Tapi keras hati aku tu Tuhan je taw. Kau insaf? Abih aku? Takkan aku nk hidup ber abang sayang dgn org yg dah buat hidup aku huru hara??? Takkan aku nak cakap kt anak2 nanti ni bapak kau yg cabul mak masa kitorang kecik dulu. Pastu kami kawin. Lejen tak? Sweet tak? Takkan la kot?

Ibu paksa aku kahwin sebab sangka mereka baik berjubah dan berkopiah tapi ibu tak tahu yang sebenarnya.

Aku mula memberontak ngan ibu aku. Sbb ibu dh mula paksa aku kawen. Dia sangka ada org ikhlas, pakai kopiah jubah sume boleh didik aku yg langsung takde gaya ustaz pilihan ni. Memang aku tak completely cover aurat aku sbb aku dh tawar hati. Dulu masa sekolah pakai tudung labuh (sekolah agama) pun boleh kena. Apatah lagi pakai biasa2 camni so sama jgk la aku tak pakai make up. Elok2 muka macam helmet retak cam ni kang pakai makeup lagi la menarik perhatian lelaki. Baik la aku pakai biasa2 je. Pakai seluar jeans longgar ngan tshirt tudung selempang kiri kanan senang aku nak belasah orang sampai lumat. Sorry, ini realiti. Bila dh byk kali kena takkan la aku nak pakai dress liplap liplap kan.

Skang ni dah masuk final year, ibu mula bising sbb aku tak nampak jalan nak mendirikan rumahtangga lagi. Dah 3 pinangan aku tolak. Mengamuklah dia. Aku bagi alasan nak kerja dulu padahal aku takut kalau suatu hari nanti sume tu terbongkar. Macam tak je lelaki boleh terima aku seadanya. Takkan ada. Aku tak caye. Dalam ramai2 lelaki, ayah aku ttp paling best paling supportive. Dia kata takpa. Asal aku bahagia ja. Kalaulah boleh cerita kt ayah, agak2 dia nak ke bangga2 ada anak cam aku?

Kifarah buat mereka, hidup abang tak berkat & rumah tangga huru hara. Kawan ayah kena strok.

Abang aku? Agaknya kifarah kot, sbb dulu aku sumpah seranah dia mohon bukan2 setiap hari. Dia kawen ngan perempuan liar, bini kantoi curang ngan kawan dia, hidup tak dek berkat banyak hutang sana sini. masa dia mintak maaf ngan aku pun aku cakap tunggu kt akhirat. Dia manusia plg mengecewakan aku sbb dia abang sulung patutnya dia protect aku bukan merosakkan aku.
Pakcik tu pulak? Few years years years ago, dia kena strok. Ayah bawak family kitorang gi melawat. Pakcik tu takleh bercakap langsung tp tangan dia dok mcm nak gapai aku ja. Nak mintak ampun kot. Sorry again, I can never forgive him. Sorry.

Hati aku dah lama mati. Aku dah letih berdoa.

Alangkah indahnya kalau hidup aku macam orang lain. Aku selalu tgk orang lain elok ja ada bf, kawan lelaki, abang2 yg penyayang at least nk gi mana2 ada yg teman and protect. Aku? Dah lama aku tak rasa selamat and selesa bila ngan lelaki camtu. Laki dtg dekat pun aku lari. Aku tak tau la bila nk menikah nanti camna. Hati aku dah lama mati. Dah letih berdoa. Dah penat berharap suh Tuhan lembutkan hati aku ni. Tp hari2 sama ja perasaan. Kalau aku kawin and punya anak perempuan, aku takut nasib sama jadi kat depa. Aku trauma. Aku perlukan bantuan. Tapi 17 tahun aku pendam so takda sapa tolong aku. Aku bangkit sendiri. Aku berlawan ngan pikiran aku sendiri. Aku marah diri sendiri. Setiap kali ada cerita camni keluar kt berita ka kt mana2, aku taktau nak salahkan sapa. Masa kawan aku cite dia kena rogol ngan sepupu dia sampai bapak dia buang dia dari family pun aku tak salahkan dia. Tak salahkan jantina ka apa. Tak boleh nak salahkan faktor pemakaian dia. Kita hidup di zaman fitnah. Apa pun boleh jadi. Takde sape yg kita boleh percaya. Betul2 percaya.

Tolong doakan aku hidup normal macam orang lain. Aku tak pernah bahagia.

Takat tu je la konfes nye. Lega sket lps dah luah. Kalau ada yg pikir ini cerita tak logik, takpe maybe anda bernasib baik hidup clear takde dugaan berat camni. Tapi ingat sket ada lg manusia yg tak tertanggung dugaannya tau. Sebab apa? Tuhan kira dulu level kemampuan dia sebelum Dia uji hamba-Nya. :’)

Korang.. Aku tak mintak banyak. Nak mintak tlg doakan aku punya hidup normal macam org lain je. Aku nk jugak rasa aman. Selama aku hidup ni tak pernah sekalipun aku rasa bahagia. Aku jarang ketawa inikan pulak senyum. Aku lone ranger tak ramai kawan. Kawan yg paling byk dgr cita aku cuma doktor merangkap counselor aku ja. Bukannya aku dh jadi gila cuma kdg2 aku kena consult dia sbb aku ada masalah takde keyakinan diri. Tp dia tak pernah tau psl sume yg jd kat aku. Dia cuma tau aku ada trust issues ngan lelaki. Tu ja. Katanya sbb terlalu byk benda buruk yg jadi dlm hidup aku la aku ssh nk lembutkan hati. Tapi aku bersyukur sbb aku tak tersasar dr landasan agama and masih ada peluang tuk belajar kt uia ni. And kepada yg pernah menjadi mangsa cam aku, kita sume diuji je. Allah tau selama mana kita tak merelakan itu bukan salah kita. Semoga kita semua kuat.
– zado

SUMBER : iiumc

17 Tahun Simpan Rahsia, Akhirnya Gadis Ini Bongkar Cerita Sebenar Trauma Dan Fobia Dengan Lelaki! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.