Wednesday, April 20, 2016

Viral Murid Perempuan Maut Dipatuk Ular Hidup Semula, Keluarga Tampil Beri Penjelasan!

Semalam, masyarakat digemparkan dengan berita Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa maut selepas dipercayai telah dipatuk seekor ular di betis kirinya kira-kira jam 10.30 pagi tadi di perkarangan sekolah.

Lebih kecoh apabila menjadi viral di laman sosial apabila ada yang mendakwa kononnya adik Nuri Nadirah Ruslan 'hidup semula'.


Keluarga adik Nuri Nadirah Ruslan, tampil menafikan kanak-kanak itu 'hidup semula'.


Bagaimanapun ibu adik Nuri Nadirah, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

Namun beliau menafikan dakwaan viral kononnya anaknya itu tersedar dan memegang tangannya.
"Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.
"Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.
"Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga. 
"Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul," katanya.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis. 

Viral Murid Perempuan Maut Dipatuk Ular Hidup Semula, Keluarga Tampil Beri Penjelasan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.