Wednesday, April 6, 2016

(Video) Wanita Pakai Niqab Dihina Sebagai Batman Di UK

Seorang wanita beragama Islam iaitu Ahlam Saed, 25, tahun telah dihina dengan panggilan 'Batman' oleh seorang lelaki hanya kerana memakai jubah untuk untuk melindungi wajahnya. Sekaligus mecetuskan pertengkaran.

Menerusi video itu, Ahlam Saed dipersendakan oleh lelaki berkulit hitam dihadapan dua anaknya ketika membeli belah di sebuah kedai runcit.

Artikel menarik:- PANAS!! Susulan Pengantin 'Ghaib' Di Hari Perkahwinan, 'Individu' Ini Tampil Beri Penjelasan

Ahlam Saed memasuki kedai runcit itu kerana mahu membeli sebungkus gula-gula Starburst namun dipersendakan lelaki itu.


Tidak hanya mendiamkan diri, Ahlam Saed merakam video kejadian menggunakan telefon bimbit.
"Saya cuma mahu membeli sebungkus gula-gula Starburst. Saya memasuki kedai itu dan beliau memanggil saya 'Batman' dan mula menyanyikan lagu tema filem itu. 
"Saya tidak boleh membiarkan beliau begitu saja, sebab itu saya merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit. Saya perlu tegas, saya tidak mahu beliau rasa boleh terus menghina saya," Kata Saed.
Menerusi video yang viral itu, lelaki berkenaan dilihat berulang kali bertanya kepada Saed :
"Mengapa berpakaian sebegitu?" Anak saya tidak dapat melihat wajah kamu, siapa kamu?
"Ini negara kristian. Kristian, dunia barat.", kata lelaki tersebut.
Dihina oleh lelaki itu sebagai "Batman", Saed menggelar lelaki berkenaan sebagai "jahil".

Saed yang berpindah ke London ketika berusia dua tahun, mula melindungi mukanya empat tahun lalu dan dia satu-satunya dalam keluarga yang berbuat demikian.

(Video) Wanita Pakai Niqab Dihina Sebagai Batman Di UK Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.