Saturday, April 16, 2016

(VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik!

Detik 12.05 malam khamis lalu menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di sini.

Artikel menarik:- PENDEDAHAN EKSKLUSIF! 8 FAKTA Menarik Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Dr Zakir Naik

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam.


Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.


Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al Fatihah, ayat Kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu dan yakin akan Allah yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata malah juga hadirin.


Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID

(VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.