Sunday, April 17, 2016

Undang Padah! Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik, Buat Panggilan Ketika Telefon Sedang Dicas

Tidak dapat dinafikan masih ramai yang mengambil hal ini sebagai remeh temeh, menggunakan telefon bimbit ketika sedang di cas! Tak kena kat batang hidung sendiri tak tahu kan? Hmm!

Terkini, seorang wanita dilaporkan maut apabila terkena renjatan elektrik ketika dia sedang membuat panggilan menggunakan telefon bimbit yang sedang di cas.


Suhana Mohamad, 30, 'diserang' renjatan elektrik di rumahnya di Taman Desa Baiduri, Cheras kira-kira 11.30 malam Jumaat lepas.


Dilaporkan, suami mangsa Raja Asri Raja Mat, seorang anggota polis unit E8 Bukit Aman sedang tidur ketika kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji, Suhana telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di mana dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba oleh kakitangan perubatan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Jenazah Suhana telah disembahyangkan di Bukit Aman sebelum di bawa ke Gua Musang, Kelantan untuk pengebumian.

Sementara itu, mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.

Undang Padah! Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik, Buat Panggilan Ketika Telefon Sedang Dicas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.