Sunday, April 10, 2016

Tunang Akui CEMBURU Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose Mesra!

Pelakon baru Hafidz Roshdi tidak menafikan keakraban yang dipamerkan menerusi gandingan mantap bersama Uqasha Senrose dalam drama Tundukkan Playboy Itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemburu di hati tunangnya.


Menurut Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi meskipun begitu kekeliruan dapat diatasi apabila beliau bertindak menjelaskan secara terperinci situasi sebenar kepada tunangnya kerana keakrabannya dengan Uqasha sekadar gosip yang menjadi lumrah dalam kehidupan anak seni. 
"Tunang pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya sering memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial, begitu juga sebaliknya. Mungkin pada permulaan, tunang tidak memahami kerana apa yang kami lakukan itu sekadar mempromosikan drama yang sedang ditayangkan. 
"Dalam hal ini, saya perlu bertindak pantas dengan menjelaskan secara terperinci alasan saya berbuat demikian supaya tidak timbul salah faham. Lumrah jika beliau menyimpan perasaan cemburu kerana itu bermakna dirinya menyayangi saya. Alhamdulillah kerana tunang saya tidak cepat melatah," katanya. 

Hafidz sebelum itu mengakui, sudah bertunang pada 5 Disember lalu dengan seorang penuntut kolej swasta. Mereka bagaimanapun, tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan bakal isterinya itu masih menuntut pada peringkat ijazah.



Siapa tak cemburu kalau orang yang kita sayang rapat dengan perempuan lain kan? Cemburu tu kan tanda sayang. Diharapkan tunang Hafidz Roshdi open minded dan bersiap sedia menerima segala kemungkinan yang akan berlaku ke depan hari. Adat menjadi selebriti tidak terkecuali menerima gosip panas. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tunang Akui CEMBURU Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose Mesra! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.