Thursday, April 28, 2016

Tauke Jambu Akui Terima Banyak Tajaan Pernikahan, Anggap Sebagai Rezeki!

Pelawak Tauke Jambu mengakui ramai pihak sudi menjadi penaja walaupun belum menetapkan tarikh majlis perkahwinan dengan tunangnya, Nadia.


Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai rezeki walaupun tidak mengharap sebarang tajaan dari mana-mana pihak.
“Alhamdulillah setakat ini memang ada yang email sudi untuk taja pelamin, jurukamera, baju kahwin dan jurusolek. Cuma saya tunggu masa yang sesuai untuk pilih tarikh perkahwinan sahaja. Insya Allah dalam tahun ini juga,” kata Tauke.

Bagaimanapun menurut Tauke, perbincangan bakal dilakukan terlebih dahulu dengan pihak penaja bagi mengelakkan sebarang salah faham yang berlaku di hari perkahwinannya kelak.
“Sebelum ada kata putus atau menerima sebarang tajaan, saya akan  buat perbincangan di antara dua belah pihak. Saya tak boleh sesuka hati terima sahaja tanpa capai sebarang persetujuan.
“Sekurang-kurangnya tidak akan timbul sebarang masalah sehingga menimbul rasa tidak puas hati,” ujarnya.

Tambahnya lagi, majlis perkahwinannya itu bakal diadakan secara besar-besaran. 
“Sebenarnya kalau boleh nak buat secara sederhana sahaja. Insya-Allah saya akan jemput semua ahli keluarga, kenalan, teman media dan peminat untuk hadir dan meraikan majlis perkahwinan saya. Saya tak mahu nanti ada pula yang berkecil hati sebab tak dijemput,” katanya teruja.

Tauke Jambu Akui Terima Banyak Tajaan Pernikahan, Anggap Sebagai Rezeki! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.