Tuesday, April 12, 2016

Tan Sri Khalid Tetap SYARAT Jika Dr Zakir Mahu Terus Beri Ceramah!

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas Dr Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.
"Kita akan semak apa tajuk ceramah beliau (Dr Zakir Naik)," katanya kepada Astro AWANI menerusi mesej di WhatsApp.
Artikel menarik:- (VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!


Dr Zakir Naik berada di Malaysia bagi siri ceramah beliau bermula 9 hingga 20 April di beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi.

Khalid sebelum ini mengarahkan forum Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di Melaka bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan antara agama Hindu dan Islam) dibatalkan.

Katanya forum berkenaan tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.
"Polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti awam di negara ini," katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Isnin.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) (Video) Wanita Pakai Niqab Dihina Sebagai Batman Di UK

2) KISAH MERUNTUN JIWA! Mesej Terakhir Seorang Ayah Buat Anaknya Di Facebook... SEBAK!!

Sumber Astro Awani 

Tan Sri Khalid Tetap SYARAT Jika Dr Zakir Mahu Terus Beri Ceramah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.