Wednesday, April 27, 2016

Tan Sri Annuar Tampil Perjelas Isu Dakwaan Dr Seri Vida Ancam Tarik Diri Taja PQPTRW

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari penaja utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Vida Beauty mengancam untuk menarik balik penajaan kepada skuad Kijang, Presidennya Tan Sri Annuar Musa akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut.

Annuar dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada malam Selasa tampil memberi penjelasan mengenai maklumat tajaan pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida terhadap pasukan Kelantan untuk mengelakkan timbul sebarang kekeliruan fakta.


Menurut beliau, meskipun Kafa hanya menerima jumlah tajaan sebanyak RM1.4 juta daripada Vida setakat ini, badan induk bola sepak negeri itu tetap menerima sumbangan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Hingga saat ini pun Kafa tetap mempunyai hubungan akrab dan sentiasa bekerjasama serta menerima apa sahaja seadanya.
"Kita sentiasa hargai komitmen DSV (Datuk Seri Vida), sebab itu bagi kita tidak timbul soal penamatan tajaan kerana kita ambil pendekatan tolak ansur," katanya.

Annuar berkata hubungan baik antara Kafa dan juga Vida akan terus dikekalkan serta apa sahaja isu yang timbul akan diselesaikan secara berunding demi kebaikan bersama.
"Saya sendiri memilih cara berdiam diri dari komentar di Facebook tetapi mengekalkan hubungan akrab dengan para penaja.
"Info ini sekadar kongsi maklumat dengan anda untuk mengelak silap fakta. Kafa akan update bila perlu," katanya.

Jelas beliau lagi, Vida memperuntukkan tajaan sebanyak RM4 juta setahun manakala baki RM4 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan lain seperti membaiki stadium, Wisma DSV, penganjuran Piala DSV dan ganjaran juara bagi kejohanan tersebut.
"Semuanya tak termasuk dalam bajet. Tapi Kafa tidak boleh memaksa," katanya.
Namun, beliau berkata Kafa amat mengalu-alukan kehadiran penaja baharu kerana Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta lagi untuk memantapkan pasukan musim ini.
"Soal penaja baharu yang lain sememangnya Kafa perlu terus mencari dana kerana kita kekurangan RM4 juta lagi apabila Vida mahukan tajaan beliau dibuat seperti yang dijelaskan," katanya.
Pada Ahad lalu, Vida mengancam untuk menarik balik penajaannya kerana kecewa dengan prestasi pasukan Kelantan yang tidak menentu.


Malah Vida mengakui, ancaman untuk menarik penajaan bukan omong kosong, sebaliknya beliau bersedia mengambil langkah drastik itu andai isu prestasi pasukan masih gagal ditangani oleh Kafa.

Sementara itu, Vida ketika dihubungi memberitahu ancaman tersebut terpaksa dibuat kerana mahu Kelantan bangkit memperbaiki prestasi pasukan yang masih belum menunjukkan peningkatan meskipun perlawanan separuh musim hampir tamat.
"Saya tidak mempunyai niat untuk menarik diri. Kenyataan itu dibuat kerana mahu menyedarkan pemain dan pengurusan Kafa mengenai pengorbanan saya terhadap pasukan.
"Saya tidak mudah menyerah diri. Sebagai ahli perniagaan, saya dah biasa menghadapi situasi sedemikian, malah lebih teruk lagi," katanya.
Usahawa kosmetik itu berkata beliau mengambil keputusan menaja Kelantan bukan kerana mahu mencari populariti tetapi berhasrat memartabatkan semula maruah pasukan.
"Saya perlukan perubahan kerana pasukan sangat lemah dan corak permainan hambar tidak seperti saya harapkan," katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Suami Isteri Sah Nikah Dengan Mas Kahwin Cuma Segelas Air Cetus Perhatian Ramai!

2) Saya Ceraikan Isteri Sebab Dia Tak Jaga Agama, Pemalas, Suka Bangun Lambat! - Ini Nasihat Ustaz Paling WIN

3) Isu Kehamilan Tersebar, Ini Penjelasan Syatilla Melvin!

Tan Sri Annuar Tampil Perjelas Isu Dakwaan Dr Seri Vida Ancam Tarik Diri Taja PQPTRW Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.