Wednesday, April 20, 2016

TAKZIAH! Rita Rudaini Dimasukkan Ke Hospital

Takziah diucapkan kepada pelakon Rita Rudaini yang dimasukkan ke wad salah sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak Sabtu lalu.



Menceritakan sebelum dia diserang demam denggi, menurut Rita dia pada mulanya hanya mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan sebelum mengambil keputusan untuk ke Hosiptal pada malam Jumaat lalu.
“Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad. Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil”
“Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah. Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur,” katanya.
 

TAKZIAH! Rita Rudaini Dimasukkan Ke Hospital Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.