Thursday, April 14, 2016

TAKZIAH! MB Kelantan Dimasukkan Ke Hospital

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) semalam setelah mengalami pendarahan di kepala.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu kini berada dalam pemantauan pakar dan dijangka akan melakukan pembedahan kecil hari ini.



Setiausaha Akhbarnya, Asri Daud berkata, keadaan Ahmad sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.
"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk  Menteri Besar.
"Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa," katanya.
Difahamkan Ahmad menghadiri mesyuarat exco Kerajaan Kelantan semalam, namun mengadu kurang sehat dan meminta untuk meninggalkan mesyuarat.

Beliau dimasukkan ke HUSM 11.30 pagi semalam.

Sumber Sinar Harian

TAKZIAH! MB Kelantan Dimasukkan Ke Hospital Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.