Sunday, April 24, 2016

TAKZIAH! Abby Abadi Alami Keguguran Ketika Tunai Umrah

Takziah buat Abby Abadi yang dilaporkan alami keguguran. Perkongsian sedih itu dibuat menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa beliau telah mengalami keguguran ketika menjalani ibadah umrah. Bagaimanapun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.


“Mohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka-teki tentang kandungan saya. Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu. Maklumkan pada sahabat rapat dan keluarga Umaima je”
"Tapi terjadi juga. InshaAllah saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Terima Kasih Allah untuk pengalaman ini,” katanya."

Difahamkan, Abby mengalami tumpah darah ketika pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah. Melalui gambar yang dimuat naik, rata-rata peminat Abby memberikan ucapan takziah kepadanya serta meninggalkan kata-kata positif kepada pelakon kesayangan mereka itu.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tiada rezeki. Takziah penulis ucapkan buat Abby Abadi dan suami. Semoga tabah dan sabar menghadapi segala ujian dan dugaan dariNya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



TAKZIAH! Abby Abadi Alami Keguguran Ketika Tunai Umrah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.