Wednesday, April 6, 2016

TAK LOGIK! Hanya Kerana... Lelaki Ini SANGGUP Bertindak Batalkan Perkahwinan

RIYADH - ARAB SAUDI - Dek kerana permintaan bakal ibu mertuanya yang mahu menangguhkan perkahwinan hanya kerana tiada persembahan penyanyi, seorang lelaki membatalkan perkahwinannya beberapa jam sebelum majlis berlangsung malah bertindak berkahwin dengan wanita lain pada malam tersebut.



Memetik Emirates 24/7, ibu pengantin perempuan mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan kerana penyanyi yang sepatutnya mengadakan persembahan pada malam perkahwinan tersebut membatalkan persembahan.

Ibu pengantin perempuan enggan membenarkan anaknya itu berkahwin tanpa persembahan penyanyi itu dan meminta supaya keluarga pengantin lelaki mengubah tarikh perkahwinan anak mereka.

Namun permintaan ibu pengantin itu ditolak kerana menurut pengantin lelaki, jika majlis tersebut ditangguhkan, dia perlu mengeluarkan bayaran sekali lagi untuk dewan, makanan dan perbelanjaan lain.

Sumber Sinar Harian

TAK LOGIK! Hanya Kerana... Lelaki Ini SANGGUP Bertindak Batalkan Perkahwinan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.