Saturday, April 16, 2016

TAHNIAH! Isteri Fahrin Ahmad Sah Hamil

Tahniah diucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad dan isterinya kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Setelah semalam spekulasi mengenai isterinya hamil tersebar kerana kapsyen yang ditulis oleh Fahrin di Instagram, Fahrin Ahmad akhirnya tampil memberikan pengesahan tentang berita gembira itu supaya dapat berkongsi kegembiraan bersama peminat.


Sebentar tadi, melalui Utusan Online, Fahrin telah mengesahkan bahawa isterinya yang bernama Elena Hani Eleas sememangnya berbadan dua.


Katanya, Elena sedang hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.

Fahrin, 37, mengenali Elena, 38, ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Untuk makluman, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 9 Mei tahun lepas. 

TAHNIAH! Isteri Fahrin Ahmad Sah Hamil Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.