Sunday, April 17, 2016

Surat Terbuka Individu Ini Mewakili Rakyat Malaysia Pasti Buat Dr Zakir Naik Tersentuh!!!

Kedatangan penceramah tersohor, Dr Zakir Naik ke Malaysia sudah pasti satu saat yang dinanti-nantikan oleh rakyat di negara ini khususnya bagi masyarakat yang mengikuti dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh agama dari India itu.

Namun kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia ini nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat berikutan ceramah yang disampaikan oleh beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) diarahkan untuk tidak diteruskan kerana menurut KPN, ia dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. - Tan Sri Khalid Tetap SYARAT Jika Dr Zakir Mahu Terus Beri Ceramah!



Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa siri ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia termasuk di UTEM bolh diteruskan dengan syarat penganjur PERLU mengubah tajuk ceramah tersebut.

Keputusan yang diberikan oleh kerajaan untuk membenarkan ceramah Dr Zakir Naik pastinya berita gembira buat sebilangan besar rakyat di negara ini. Berikutan itu, individu ni buat surat terbuka dengan mewakili rakyat Malaysia untuk memohon maaf kepada Dr Zakir Naik. Baca untuk isi yang selanjutnya.


Berikut adalah surat terbuka yang ditulis oleh Faridzul Nasaruddin:

1. Foremost, I hope it is not too late to welcome you to Malaysia. I understand that this is not your first time to be here so I suppose you know already the attractions in Malaysia that you can enjoy.

Pertama sekali, saya berharap masih tidak terlambat untuk saya mengalukan kedatangan anda (Dr Zakir Naik) ke Malaysia. Saya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali anda di sini, jadi saya mengandaikan bahawa anda sudah mengetahui mengenai tarikan yang terdapat di Malaysia yang boleh dinikmati.

2. My name is Faridzul Nasaruddin. I am a Malay (one of the ethnics in Malaysia). And obviously I am a Malaysian. I am a subscriber to Ahlus Sunnah Wal Jamaah and I follow Mazhab Asy-Syafie.

Nama saya Faridzul Nasaruddin. Saya berbangsa Melayu (Salah satu etnik yang terdapat di Malaysia). Dan pastinya saya adalah rakyat Malaysia. Saya adalah seorang pengikut fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaad dan mengikut Mazhab Syafie.

3. To be truly honest, I am actually curious what would you feel by now after a few days being in Malaysia. You must have read and heard what happened for the past few days about how some of us have reacted to your tour this time.

Secara jujurnya, saya tertanya-tanya bagaimana perasaan anda selepas beberapa hari berada di Malaysia. Anda pastinya sudah membaca dan mendengar tentang reaksi rakyat Malaysia mengenai kedatangan anda kali ini.

4. Sincerely from my heart, I would like to apologise. I am not sure whether I can also apologise on behalf of my fellow Malaysians as I am not given a clear mandate to act on their behalf, but, I am confident, most of us would really like to say to you: "WE ARE SORRY".

Ikhlas dari hati saya, saya ingin memohon maaf. Saya tidak pasti samada saya boleh memohon maaf bagi pihak rakyat Malaysia (atau sebaliknya) kerana saya tidak diberi hak yang jelas untuk mewakili mereka, tetapi saya yakin, kebanyakan daripada kami benar-benar ingin menyatakan kepada anda: “Kami Mohon Maaf”.

5. We just want you to know that what was said and done by some of us did not actually represent the majority of us.

Kami hanya mahu anda tahu bahawa apa yang dikatakan dan dilakukan oleh sebahagian daripada kami tidak sepenuhnya mewaili majoriti rakyat Malaysia.

6. When our IGP said earlier that one of your programmes is banned (which has been lifted, alhamdulillah), it does not at all mean that the majority of us dislike you nor we disrespect you and your knowledge.

Apabila Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) sebelum ini memaklumkan bahawa salah satu daripada program anda dihalang (tetapi larangan tersebut telah ditarik balik, Alhamdulillah), ia sama sekali tidak bermakna kebanyakan daripada kami tidak suka atau tidak menghormati anda dan ilmu anda.

7. When some of us uttered some hurtful statements to describe you, it does not at all mean that the statements represent our perceptions towards you and your knowledge.

Apabila sebahagian daripada kami mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan bagi mengambarkan diri anda, ia sama sekali tidak bermaksud bahawa kenyataan itu mewakili persepsi kami terhadap anda dan juga ilmu anda.

8. Please be convinced that the fact is most of us indeed welcome you to be here in Malaysia and share with us your knowledge.

Ketahuilah bahawa kami mengalu-alukan kedatangan anda di Malaysia dan berkongsi ilmu anda bersama kami.

9. Malaysia and Malaysians are now undergoing an indescribable transition from one point to another point. None of us could firmly determine whether the process that we are going through nowadays would lead us to a greater level or otherwise. Just please pray for us Dr Zakir.

Malaysia dan rakyat Malaysia kini sedang melalui satu proses peralihan. Tiada siapa diantara kami dapat memastikan bahawa proses peralihan ini adalah ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kami harapkan Dr Zakir doakan untuk kebaikan kami.

10. Last but not least, enjoy your stay here Dr. I believe that tests and tribulations are not unusual for you. I just hope that you will not generalise the deeds of the few Malaysians to reflect the whole of us and I truly believe you will not.

Akhir sekali, nikmatilah masa anda di sini Dr Zakir. Saya percaya setiap ujian dan cabaran yang dihadapi bukan suatu yang luar biasa untuk anda.

Saya berharap agar anda tidak merumuskan tindakan sebilangan rakyat Malaysia sebagai menggambarkan keseluruhan kami dan saya benar-benar percaya anda tidak akan berbuat demikian.

11. Again, I am sorry, Dr Zakir Naik. We are sorry.

Sekali lagi, saya mohon maaf, Dr Zakir Naik. Kami mohon maaf.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Surat Terbuka Individu Ini Mewakili Rakyat Malaysia Pasti Buat Dr Zakir Naik Tersentuh!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.