Tuesday, April 5, 2016

Sudah Dapat Petunjuk Jodoh, Hazama Enggan Terburu-Buru Soal Kahwin!

Umum diketahui, kisah percintaan antara penyanyi terkenal Hazama dengan pasangannya Genervie Kam bukan asing lagi. Malah diketahui umum dimana kekasihnya itu bukanlah beragama Islam sehingga baru-baru ini mencetuskan kontroversi PANAS!! Kisah Cinta Dengan Wanita Bukan Islam Dipersoal, Hazama Beri Komen Padu Buat Pengkritik.

Sehingga kini kisah percintaannya sudah menginjak tempoh tiga tahun. Meskipun sudah ramai rakan baik yang sudah mendirikan rumah tangga namun Hazama mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru mengahwini kekasihnya itu.



Menurut pemilik Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, meskipun kedua keluarga sudah merestui hubungan tersebut namun keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah lebih-lebih lagi pegangan agama masing-masing yang berbeza.

Seperti yang semua sedia maklum kekasih saya bukan beragama Islam jadi kalau hendak berkahwin bukan boleh tangkap muat dan buat keputusan macam itu saja.
"Perkahwinan bukan benda main-main. Walaupun kami sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua belah keluarga juga memberi restu tapi banyak perkara yang perlu saya dan dia persiapkan sebelum berkahwin," katanya.

Tambah Hazama lagi, dia juga kini dalam proses membimbing kekasihnya itu untuk lebih mendalami tentang ajaran Islam.

Justeru katanya, perancangan untuk berkahwin perlu dilakukan dengan teliti selepas mereka bersedia sepenuhnya.
"Kalau ikut keinginan dan kemampuan, memang saya mahu berkahwin. Lagi pun, kawan-kawan yang rapat dengan saya termasuk Akim Ahmad juga sudah berkahwin jadi tentulah hasrat itu makin membuak-buak.
"Malah, saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta petunjuk adakah Genervie orang yang tepat sebagai calon isteri dan jawapannya memang dia.
"Saya yakin dia adalah orangnya dan mahu membimbing dia sebaik mungkin. Saya juga tidak mahu mendesak atau memberikan tekanan kepadanya dalam soal agama jadi biarlah ia berjalan secara berperingkat," katanya.

Diharapkan semoga dipermudahkan segala urusan buat Hazama untuk mendirikan rumah tangga jika benar jodoh Hazama dengan Genervie Kam berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. 

Sudah Dapat Petunjuk Jodoh, Hazama Enggan Terburu-Buru Soal Kahwin! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.