Sunday, April 10, 2016

Siapakah Sebenarnya Kanak-Kanak Di Botol F&N Ini? Dah Besar Panjang Dan Cun Pula Tu!

Seorang gadis cantik, Madihah, 18 tahun, akhirnya merungkai persoalan milik siapa sebenarnya wajah comel yang selama ini menghiasi botol F&N melalui satu posting di laman Instagram dan Twitter miliknya.



Sebelum ini dikatakan heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa itu. Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.

Memang benar seperti tanggapan ramai, jika diimbas sepintas lalu, wajah budak perempuan itu mirip penyanyi kecil molek Liyana Jasmay.


Namun tiada sebarang reaksi dari selebriti berasal dari Melaka itu berkaitan teka-teki yang melanda netizen negara ini.

Akhirnya persoalan dan teki-teki itu terjawab apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol kordial jenama F&N itu adalah dirinya.


Biodata Madihah Binti Mohd Firdaus Model Botol F&N

Nama Penuh: Madihah Binti Mohd Firdaus

Umur: 18 Tahun (2016)

Asal: Kelantan

Tempat Tinggal Terkini: Ampang Selangor

Sekolah: SMK Bukit Indah, Ampang Selangor

Pekerjaan Terkini: Model dan Jurujual Online

Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/dihahmfrds


Siapa sangka anak kecil ini sudah pun dewasa, malah rupa parasnya cantik dan ayu menawan..:)

Jom kita usha lagi gambar Madihah yang sudah pun membesar menjadi gadis yang cun melecun yang kami ambil di laman Instagramnya bernama dihahmfrds.










Siapakah Sebenarnya Kanak-Kanak Di Botol F&N Ini? Dah Besar Panjang Dan Cun Pula Tu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.