Wednesday, April 6, 2016

Sherry Ibrahim Tampil Berhijab, Ini Respon Fattah Amin Terhadap Kekasihnya!

Sememangnya bila seseorang artis itu berubah ke arah yang lebih baik pastinya ia satu berita gembira buat para peminat. Apabila bagi Fattah Amin merupakan kekasih Sherry Ibrahim.

Pelakon Fattah Amin dalam pada itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas penghijrahan Sherry Ibrahim untuk berhijab sempena ulang tahun kelahiran ke-33 pada Ahad lalu.

Tambah Fattah lagi, dia akan menyokong apa sahaja keputusan wanita tersebut kepada seorang insan yang lebih baik.
"Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam.
"Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya," ujar Fattah.


Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas tantang penghijarahan pelakon Sherry Ibrahim yang tekad untuk bertukar imej menjadi seorang wanita muslimah.

Sherry Ibrahim tampak lebih manis bertudung.
Sementara itu, menurut Fattah mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat bukan sahaja menjadi idamannya malah juga buat lelaki lain.
"Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.
"Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu," ujarnya.
TAHNIAH! Sherry Ibrahim Kini Berhijab, Rupanya Inilah Punca Sebenar Mengejutkan Ramai. Cantiknya beliau bila berhijab! Didoakan semoga Sherry Ibrahim terus Istiqomah dalam meneruskan perjuangan sebagai Muslimah sejati serta dipermudahkan segala urusan buat kedua pasangan ini. Harap jodoh berpanjangan. InshaAllah!

Sherry Ibrahim Tampil Berhijab, Ini Respon Fattah Amin Terhadap Kekasihnya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.