Tuesday, April 19, 2016

Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Lakonan Sebelum Alami Keguguran!

Sebelum ini pelakon Sharifah telah dilaporkan mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya. Meskipun cahaya mata amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin namun bagi Sharifah Sakinah, dia sebaliknya redha.


Pada awal kehamilan, beliau telah menolak tawaran berlakon bagi memberi fokus kepada kehamilan pertamanya namun mengalami keguguran.


Menurut Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 26, ketika itu dia hanya berfikir untuk berehat daripada melakukan kerja berat tambahan pula dia seorang yang lasak memandangkan kehamilan tersebut masih pada peringkat awal.
"Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami.
"Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya," katanya.
Untuk makluman, Sakinah dan suaminya Aliff Adha, 28 telah selamat bernikah pada 28 Mac tahun lalu.


Dalam pada itu, Sakinah mengakui dia pada awalnya terkejut apabila mengetahui dirinya hamil kerana dia dan suaminya merancang untuk mendapatkan cahaya mata selepas dua tahun mereka berkahwin.
"Kami sebenarnya masih dalam fasa bulan madu dan merancang ingin memiliki cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.
"Alhamdulillah biarpun sekejap perasaan apabila mendapat tahu saya hamil hanya Allah yang tahu," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sakinah kini kembali sibuk dan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Wau selain bakal berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang.
"Jadual saya memang padat sekarang kerana bermula bulan Ramadan sehingga Aidilfitri saya mahu berehat daripada kerja," katanya.

Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Lakonan Sebelum Alami Keguguran! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.