Monday, April 25, 2016

SEBAK! Rupanya Inilah Yang Terjadi Kepada Dr Zakir Naik Sebelum Bergelar Pendakwah Terkenal

Sehingga ke hari ini nama Dr Zakir meniti di bibir masyarakat tempatan. Mana tidaknya baru-baru ini (VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik! menjadi bualan hangat. Selepas itu pula beberapa lagi individu bukan Islam dilaporkan telah memeluk Islam ketika dalm ceramah beliau.

Tidak dinafikan bukan senang untuk seseorang itu berjaya mencipta kejayaan. Banyk liku-liku dan dugaan yang harus ditempuhi. Jatuh bangun dalam kehidupan sebelum mengecapi kejayaan itu normal. Sama juga seperti Dr Zakir Naik Sebelum dikenali seluruh dunia.


Siapa sangka beliau dahulu seorang budak gagap yang tidak mampu menyebut namanya sendiri dengan betul. Malah Zakir menganggap masalah gagap yang dialaminya itu di tahap yang kronik.

Namun komplikasi struktur lidah itu tidak menghalang cita-citanya untuk menjadi seperti mentornya, Ahmad Deedat.

Artikel menarik:- PENDEDAHAN EKSKLUSIF! 8 FAKTA Menarik Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Dr Zakir Naik

Beliau berusaha keras mengatasi masalah pertuturannya dan memastikan hasrat untuk menjadi pendakwah tidak terkubur.
“Akhirnya janji ALLAH SWT itu benar. Kalau kita bantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kita,” katanya ketika ditemui dalam kempen #IslamIsFirstClass TV Al-Hijrah.
Setelah memulakan usaha dakwah melalui ceramah, lama kelamaan masalah gagap yang dialaminya hilang dengan sendiri.

Menyedari pentingnya bakat serta keterampilan pendakwah diasuh pada usia kecil terutama dalam konteks pembinaan personaliti ketika menyampaikan syarahan, Zakir mengasaskan sekolah ceramah khas di Mumbai yang silibusnya diiktiraf Universiti Cambridge.

Matlamatnya untuk melahirkan lebih ramai pendakwah melalui kaedah ceramah yang diasaskan Ahmad Deedat.
“Di sekolah ini kami mendidik pelajar seawal usia dua tahun untuk menguasai bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin,” katanya.

Selain penguasaan tiga bahasa utama dunia, pelajar turut diajar memahami al-Quran serta menguasai pelajaran Sains dan Matematik.

Pada usia empat tahun, para pelajar sudah didedahkan dengan ucapan awam bagi memastikan mereka menguasai kemahiran dan teknik menampilkan diri ketika berceramah.
“Kajian membuktikan, 93 peratus kejayaan dalam menyampaikan ceramah terletak pada kemahiran dan teknik. Hanya tujuh peratus terletak pada isi yang dibahaskan.
Menyedari hakikat itulah, sekolah yang diasaskannya sangat menekankan pada strategi teknik dan kemahiran.

Mengenai usaha melahirkan protege, Zakir mendedahkan mengenai 20 penceramah yang kini sedang dididik di sekolahnya.


Mereka menerima latihan antara 20 hingga 45 hari dengan kelas yang padat selama 16 jam sehari.
“Kini terdapat enam pelajar Malaysia, empat dari India serta dari Indonesia, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),” jelasnya.
Selain sekolah debat, Zakir turut memiliki stesen televisyen Peace TV yang ada tiga saluran melalui satelit bersiaran 24 jam sehari dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Arab.

Peace TV beroperasi di Mumbai India dan boleh diakses di Eropah, AS, Kanada, India, Pakistan dan China.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) TERBONGKAR! Inilah SEBAB Utama Mengapa Negara Barat Amat Menggeruni Dr Zakir Naik

2) Surat Terbuka Individu Ini Mewakili Rakyat Malaysia Pasti Buat Dr Zakir Naik Tersentuh!!!

SEBAK! Rupanya Inilah Yang Terjadi Kepada Dr Zakir Naik Sebelum Bergelar Pendakwah Terkenal Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.