Thursday, April 21, 2016

SEBAK! Nota TERAKHIR Nuriey Nadhirah Sebelum Pergi Selamanya Yang Menyentuh Hati

Semalam warga netizen dan rakyat Malaysia yang lain telah dikejutkan dengan berita seorang murid darjah satu iaitu Nuriey Nadhirah Ruslan yang meninggal duani selepas dipatuk ular.


Jenazah arwah telah selamat disemadikan kira-kira jam 9.45 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff selepas ditangguhkan selasa lalu akibat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.


Pemergian Nuriey nyata membuatkan ramai netizen sedih dan ramai antara mereka yang mengikuti perkembangan kisah arwah.

Semalam bapa kepada arwah Nuriey telah tampil menerusi laman Facebook Encik Ruslan Ghazali dimana telah memuatkan gambar arwah bersama sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuriey menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.


Nota berkenaan telah membuatkan hati ramai netizen terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.

Selain itu, Encik Ruslan turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosia. Beliau dalam pada juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.

SEBAK! Nota TERAKHIR Nuriey Nadhirah Sebelum Pergi Selamanya Yang Menyentuh Hati Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.