Tuesday, April 12, 2016

SAYU! Status Terakhir Mangsa Maut Di LPT2 Ini Bagaikan ‘Petanda’ Bakal Pergi Buat Selamanya

Sebut sahaja LPT2 pastinya ramai yang mengetahui disebalik kisah yang tersimpan mengenai LPT2 itu. Bagaikan sudah menjadi perkara biasa kerana seringkali terjadinya kemalangan ngeri yang berlaku disitu. Seolah-olah LPT2 itu DAHAGAKAN darah manusia!

Demikian catatan terakhir Muhammad Safwan Abu Bakar, 18, pada status Facebooknya sebelum dia dan sepupunya, Jailani Jusoh, 26, maut dalam nahas ngeri di Kilometer 282.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT), berdekatan susur keluar Plaza Tol Chukai, di sini, petang Ahad lalu.



Ahad lalu, satu lagi kes kemalangan maut  berlaku yang membabitkan sebuah lori tan. Mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian.

Apa yang menyayat hati, sehari sebelum kejadian, mangsa dikatakan memuat status sebelum ajal menjemput!
“Hari ini dunia adalah nyata, akhirat hanya cerita. Tapi setelah mati, dunia hanya cerita akhirat jadi nyata. #SelamatMalamDunia.”

Sepupu Muhammad Safwan yang juga kakak Jailani, Noor Aida Jusoh, 30, berkata, status yang menyebut tentang kematian itu dimuat naik Muhammad Safwan kira-kira 17 jam sebelum meninggal dunia.

Lebih meruntun hati, katanya, sehari sebelum mengemas kini status di Facebook itu, sepupunya yang dipanggil Alang itu turut memuat naik pesanan akhir pada status aplikasi WeChatnya.
‘Selamat Malam…ALLAH, jaga mak elok-elok. Tolong jagakan ibuku’.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




SAYU! Status Terakhir Mangsa Maut Di LPT2 Ini Bagaikan ‘Petanda’ Bakal Pergi Buat Selamanya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.