Saturday, April 30, 2016

Saya Perlukan Pekerjaan! -Luahan Sayu Lelaki Yang Hilang Pekerjaan Selepas Peluk Islam Menyentuh Hati

Kini tidak dapat dinafikan makin ramai saudara baru yang memeluk Islam selepas kedatangan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Yang paling mendapat perhatian ramai selepas (VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik! 

Selepas Nina Grace, beberapa lagi saudara baru yang lain mengikut jejak langkah sama memeluk Islam. Salah seorangnya, lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh.

Berkongsi kehidupan selepas memeluk Islam, beliau mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.



Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.
"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.
Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Saya Perlukan Pekerjaan! -Luahan Sayu Lelaki Yang Hilang Pekerjaan Selepas Peluk Islam Menyentuh Hati Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.