Sunday, April 17, 2016

Sarat Hamil 7 Bulan, Ini Respon Hanis Zalikha Mengenai Jantina Anak!

Sudah menjadi lumrah bergelar artis pastinya tindak danduk atau gerak geri menjadi perhatian peminat bermula di alam perkahwinan sehinggalah pasangan tersebut dikurniakan anak. 

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha yang sedang sarat hamil dengan usia kehamilannya mencecah tujuh bulan dijangka bersalin pada 5 Jun, iaitu tarikh yang sama dengan hari perkahwinannya. 


Sebagai peminat pasti ramai yang menantikan saat kelahiran cahaya mata sulung pasangan sama cantik sama padan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bukan? Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jantina anak mereka.


Sementara itu, berkongsi pengalaman semasa hamil, menurut Hanis, walaupun sedang sarat hamil 7 bulan, beliau masih mengalami alahan dan tidak boleh duduk diam dan masih aktif dengan pelbagai jenis perniagaan. 
"Ia agak mencabar kerana saya belum biasa berdepan dengan situasi ini. Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami alahan teruk pada trimester kandungan tetapi saya pula hingga ini, masih muntah-muntah. Cuak juga tetapi saya cuba cekalkan diri dan menganggap ia sebagai ujian Allah.
"Pernah saya bertanya ibu, tetapi dia hanya melalui alahan teruk pada trimester pertama. Ibu mentua pula sudah lupa pengalaman itu kerana melahirkan anak terakhir 28 tahun lalu. Saya anggap semua ini sebagai dugaan ketika mengandung, mungkin Allah ingin pemudahkan semua urusan saya ketika bersalin kelak, insya-Allah 
"Memang saya tidak boleh duduk diam, biarpun perut semakin membesar. Harapnya anak yang bakal lahir ini akan menerima tempias semangat saya yang tidak pernah berhenti bekerja. Saya masih keluar rumah menghadiri mesyuarat dan menguruskan hal berkaitan perniagaan," ujar Hanis. 

Untuk makluman, Hanis Zalikha baru sahaja melancarkan koleksi pakaian raya, His & Her dengan kolaborasinya bersama suami baru-baru ini. 

Ditanya mengenai perancangannya selepas melahirkan bayi pertamanya, Hanis berkata, dirinya mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara yang tidak memerlukan banyak masa diluar. Malah suaminya juga bersetuju jika beliau tidak terlalu aktif di dalam bidang lakonan yang menuntut lebih banyak masa diluar.


LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Sarat Hamil 7 Bulan, Ini Respon Hanis Zalikha Mengenai Jantina Anak! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.