Thursday, April 14, 2016

Saintis Tidak Tolak Virus Zika Penyebab Mikrosefali, Kerosakan Otak Bayi

LONDON: Saintis Brazil yang mengkaji kaitan antara kecacatan kelahiran dan virus Zika bawaan nyamuk mendapati bayi yang dilahirkan dengan mikrosefali mengalami kerosakan otak teruk dengan pelbagai kejanggalan.

Dalam kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Britain (BMJ), penyelidik berkata penemuan tidak dapat membuktikan Zika penyebab mikrosefali, tetapi mengesahkan kaitan dan menunjuk kepada kemungkinan akibat buruk bagi bayi yang dilahirkan ibu dijangkiti virus itu ketika hamil.


Mikrosefali adalah kecacatan kelahiran jarang berlaku, menyaksikan bayi dilahirkan dengan kepala lebih kecil. Sejak 2015, Brazil melaporkan ribuan kes disyaki mikrosefali dan mengaitkan ia dengan penularan jangkitan virus Zika. 


Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Februari lalu, mengumumkan penularan Zika dan kaitannya dengan mikrosefali adalah kecemasan kesihatan antarabangsa.

Bulan lalu, WHO berkata kini ada bukti saintifik kukuh menyatakan virus Zika boleh menyebabkan mikrosefali. Agensi itu juga berkata Zika boleh menyebabkan sindrom Guillain-Barre syndrome, gangguan saraf yang boleh menyebabkan kelumpuhan.

Bagi penyelidikan yang dilaporkan dalam BMJ, sepasuk doktor dari Recife, bandar raya yang menjadi pusat penularan Zika, diketuai Profesro Maria de Fatima Vasco Aragao, menganalisis jenis kejanggalan dan luka dalam imbasan otak dalam kes mikrosefali pertama dikaitkan dengan Zika di Brazil. 

Sumber Berita Harian

Saintis Tidak Tolak Virus Zika Penyebab Mikrosefali, Kerosakan Otak Bayi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.