Saturday, April 30, 2016

TERBONGKAR! Saharul Ridzwan Akui Resah 'Buah Hati' Hidap Penyakit Berbahaya

Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini tidak tenang selepas doktor mengesahkan 'buah hatinya' menghidapi penyakit berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan rapi. 


Katanya, sebaik saja doktor memaklumkan mengenai perkara itu, hatinya menjadi tidak tenteram dan diselubungi rasa sedih. 
"Saya memang risau dan saya akui asyik teringatkan kucing kesayangan yang disahkan menghidapi penyakit serius akibat jangkitan kulat pada seluruh badan. 
"Selepas selesai penggambaran pagi ini saya lihat kucing saya, Trex, lesu serta tidak bermaya dan seluruh badannya seperti ada bintik-bintik," katanya. 

Kata Saharul, haiwan peliharaannya itu ketika ini berada dalam jagaan doktor. 

Luah Saharul yang bakal menemui penonton menerusi drama Seindah Takdir Cinta pada Ramadan depan, mungkin ada pihak yang menganggapnya sebagai perkara remeh, namun tidak baginya yang mula risau berdepan kemungkinan kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya itu. 


Beliau yakin mereka yang mencintai kucing seperti dirinya faham situasi terbabit.
"Saya tidak malu untuk memohon semua peminat sama-sama doakan Trex pulih seperti sedia kala. Saya ada bertanya doktor dan berharap dia dapat lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Trex," kata Saharul.
Hubungan Saharul dan kucing jantan kesayangannya itu sering dikongsi di laman Instagram milik beliau, termasuk mengakui penat lelah sebaik selesai penggambaran hilang sebaik melihat wajah Trex.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


TERBONGKAR! Saharul Ridzwan Akui Resah 'Buah Hati' Hidap Penyakit Berbahaya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.